Rakyat sudah nilai prestasi Rafizi yang tidak menyakinkan: AMK

May 30, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan Parti Bersama yang diumumkan Rafizi Ramli akan berdepan kesukaran untuk mendapat tempat dalam kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Exco AMK, Dzul Himli Zainol berkata parti itu dilihat terlalu bergantung kepada pengaruh bekas menteri ekonomi itu semata-mata tanpa menawarkan hala tuju yang jelas atau pasukan kepimpinan yang benar-benar diyakini rakyat.

Menurut beliau, rakyat kini semakin matang dalam menilai corak politik dan tidak lagi mudah terpengaruh dengan retorik atau slogan yang dianggap sekadar gimik politik.

“Rakyat sudah melihat sendiri jurang besar antara formula dan janji yang pernah dibawa Rafizi ketika menjadi pembangkang berbanding pencapaiannya sewaktu memegang jawatan Menteri Ekonomi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pengalaman Rafizi berada dalam kerajaan sebelum ini menjadi ukuran utama rakyat untuk menilai kemampuan sebenar beliau dalam mentadbir negara dan menyelesaikan masalah rakyat.

“Politik bukan sekadar pandai mengkritik atau menghasilkan formula yang menarik perhatian. Politik memerlukan keupayaan membuat keputusan dan membawa hasil yang benar-benar dirasai rakyat,” katanya.

Parti Bersama mula menjadi perhatian selepas Rafizi dan beberapa pemimpin lain mengumumkan hala tuju politik baharu mereka baru-baru ini.

Parti itu dikatakan mahu membawa pendekatan politik lebih segar dan memberi pilihan alternatif kepada rakyat, khususnya golongan muda.

Bagaimanapun, Dzul Himli mendakwa parti berasaskan pengaruh individu sukar untuk bertahan dalam landskap politik negara jika gagal menawarkan agenda yang lebih meyakinkan.

Beliau turut membandingkan situasi itu dengan nasib Parti Pejuang Tanah Air yang gagal memberikan impak besar dalam pilihan raya umum lalu walaupun diasaskan tokoh politik terkenal.

“Sejarah politik Malaysia telah menunjukkan bahawa parti yang dibina atas pengaruh individu semata-mata sukar bertahan apabila gagal meyakinkan rakyat tentang agenda dan penyelesaian yang lebih baik,” katanya.

Tambah beliau, rakyat akhirnya akan membuat penilaian berdasarkan rekod pentadbiran dan pencapaian sebenar, bukannya persepsi atau populariti semata-mata.

“Saya tidak yakin parti yang mengangkat perjuangan individu seperti ini akan diterima rakyat pada PRU-16. Jika tiada hala tuju yang jelas dan rekod yang meyakinkan, parti ini mungkin menerima nasib sama seperti Pejuang,” katanya.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026· Politik
UMNO perlukan kuasa untuk ‘tikam belakang’, jadi perlu kekal dalam kerajaan: Puad
August 18, 2026· Politik
Kon Yeow minta Rafizi hormati keputusan DAP
August 17, 2026· Politik
Fahmi: Jangan berhenti, perjuangan rakyat mesti diteruskan
August 16, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
15 jam lalu · Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
16 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
18 jam lalu · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026 · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok