ADUN Endau umum tinggalkan Bersatu, kembali sertai UMNO

1 jam lalu · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Endau, Alwiyah Talib, mengumumkan keluar daripada Parti Bersatu dan kembali menyertai UMNO, berkuat kuasa serta-merta.

Dalam satu kenyataan hari ini, Alwiyah berkata beliau telah meletakkan semua jawatan yang disandang dalam Bersatu selepas mempertimbangkan pelbagai aspek yang disifatkannya penting demi masa depan dan kesejahteraan kawasan DUN Endau.

Menurut beliau, keputusan tersebut dibuat atas pertimbangannya sendiri tanpa sebarang pengaruh daripada mana-mana pihak.

“Saya juga ingin menegaskan keputusan ini dibuat tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Bagaimanapun, pendirian saya kekal untuk terus berkhidmat dan memelihara kebajikan di DUN Endau,” katanya dipetik laporan media.

Alwiyah yang telah mewakili DUN Endau selama dua penggal berturut-turut sejak 2018 berkata, langkah itu diambil bagi memastikan kelangsungan pembangunan kawasan berkenaan selain memperkukuhkan usaha penyatuan dalam kalangan masyarakat setempat.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan sepanjang tempoh perkhidmatannya sebagai wakil rakyat.

“Terima kasih atas sokongan dan kerjasama tidak berbelah bahagi sepanjang tempoh saya berkhidmat,” katanya.

Pada Mac lalu, Alwiyah telah dilantik sebagai Ketua Bersatu Bahagian Mersing, menjadikan pengumuman beliau meninggalkan parti itu sebagai satu perkembangan yang menarik perhatian dalam landskap politik Johor.

Alwiyah mula memenangi kerusi DUN Endau pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 2018 ketika bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN).

Namun, tidak lama selepas perubahan kerajaan Persekutuan pada tahun yang sama, beliau bersama beberapa wakil rakyat Johor mengambil keputusan meninggalkan UMNO sebelum menyertai Bersatu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 2022, beliau berjaya mempertahankan kerusi DUN Endau atas tiket Perikatan Nasional (PN) yang diterajui Bersatu dalam saingan lima penjuru.

Berita berkaitan
Aminuddin sahkan pembubaran DUN Negeri Sembilan bermula esok, satu lagi PRN
June 4, 2026· Politik
Pemuda PAS rayu UMNO Johor pertimbang hasrat bertanding solo, mahu bekerjasama
1 jam lalu· Politik
Rayuan Muhyiddin dalam kes fitnah Guan Eng didengar 18 Jun
1 jam lalu· Politik
Muafakat Nasional 2.0: Isyarat PAS mencari jalan keluar daripada PN tinggalkan Bersatu?
8 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Islam bukan milik mana-mana parti, Mahfuz bidas pemikiran sempit PAS
10 jam lalu · Politik
Tiada rakyat mahu UMNO kembali dominasi politik negara: DAP
10 jam lalu · Politik
MCA Johor nafikan senarai calon PRN tular
10 jam lalu · Politik
Kerajaan Perlis kekal bersama PN, fokus tamatkan penggal pentadbiran: Abu Bakar
10 jam lalu · Politik
Annuar Musa cadang formula bahagi kerusi UMNO-PAS, bermula di Johor
10 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok