MB Perlis lega spekulasi undi tidak percaya berakhir

5 jam lalu · Politik

Menteri Besar Perlis Abu Bakar Hamzah melahirkan rasa lega selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis berakhir hari ini tanpa sebarang usul undi tidak percaya terhadap beliau, sekali gus menamatkan spekulasi politik yang berlarutan sejak beberapa minggu lalu.

Menurut beliau, perkembangan itu membuktikan kerajaan negeri yang diterajui Perikatan Nasional (PN) kekal stabil serta menunjukkan hubungan antara wakil rakyat PAS dan Bersatu berada dalam keadaan kukuh.

“Alhamdulillah, hari ini sudah terang lagi bersuluh. Isu undi tidak percaya ini sengaja dimainkan oleh pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan dan memecahbelahkan hubungan wakil rakyat PN Perlis.

“Namun hari ini kita berjaya membuktikan bahawa tidak ada langsung usul atau perkara yang boleh mencacatkan hubungan antara Bersatu dan PAS,” katanya pada sidang media selepas tamat Sidang DUN Perlis hari ini.

Sidang DUN yang berlangsung selama tiga hari itu turut menyaksikan semua perbahasan berjalan lancar tanpa sebarang insiden yang mencetuskan ketegangan politik dalam kalangan wakil rakyat kerajaan negeri.

Abu Bakar turut merakamkan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PN, khususnya daripada PAS, atas komitmen mereka dalam mengekalkan kestabilan pentadbiran negeri.

Beliau berkata kesepakatan yang ditunjukkan itu juga selari dengan titah Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail yang mahu pentadbiran negeri diteruskan sehingga tamat penggal pada Disember 2027.

“Saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak, terutama ADUN PAS. Perkara yang tidak diingini dapat dielakkan dan yang penting kita sentiasa kekal tenang dalam PN,” katanya.

Mengulas perjalanan persidangan, beliau memuji sikap profesional semua ADUN yang mengambil bahagian dalam perbahasan secara matang tanpa menyentuh isu peribadi atau perkara yang boleh menjejaskan keharmonian dewan.

Sebelum ini, timbul pelbagai desas-desus mengenai kemungkinan usul undi tidak percaya terhadap Abu Bakar selepas tarikh Sidang DUN Perlis yang asalnya dijadualkan berlangsung pada 21 hingga 23 April dipinda ke tarikh baharu.

Berita berkaitan
Pertemuan dengan PAS bagi pastikan Kerajaan Perpaduan kekal hingga tamat penggal: Zahid
June 5, 2026· Politik
Bubar DUN Negeri Sembilan jalan terbaik tamatkan ketidaktentuan: Anwar
4 jam lalu· Politik
Notis pembubaran DUN Negeri Sembilan diserah kepada SPR hari ini
5 jam lalu· Politik
Hadi sahkan pemimpin PAS, UMNO adakan pertemuan: Laporan
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Rundingan kerjasama BN-PH di Negeri Sembilan masih terbuka: Zahid
June 5, 2026 · Politik
Kerajaan Perpaduan kekal kukuh walaupun BN dan PH bertanding berasingan: Fahmi
3 jam lalu · Politik
Mahkamah benarkan permohonan Najib akses dokumen kes 1MDB
5 jam lalu · Politik
Sidang Dewan Rakyat pada Jun berjalan seperti dijadualkan
5 jam lalu · Politik
Hassan mahu berundur dari politik, tak bertanding lagi
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok