Hassan mahu berundur dari politik, tak bertanding lagi

June 5, 2026 · Politik

Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menyatakan hasrat untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan datang mahupun mempertahankan kerusi Parlimennya pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16), kerana merasakan sudah tiba masanya untuk memberi laluan kepada generasi baharu memimpin negara.

Veteran PKR itu berkata faktor usia menjadi sebab utama beliau memilih untuk berundur daripada arena politik pilihan raya selepas lebih tiga dekad terlibat secara aktif dalam perjuangan politik.

“Saya sudah tua, sudah masuk generasi dinosaur. Sekarang sudah tidak cantik lagi jika umur saya 75 tahun masih mahu bertanding DUN. Buat malu sahaja,” katanya dipetik laporan BH.

Menurut Hassan, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen sewajarnya diberikan kepada pemimpin muda yang mempunyai pendidikan tinggi, idea segar serta mampu membawa aspirasi baharu kepada rakyat.

Beliau turut menyebut beberapa nama pemimpin yang disifatkannya sebagai mewakili generasi baharu politik negara, termasuk Rafizi Ramli, Khairy Jamaluddin, Nik Nazmi Nik Ahmad, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Nurul Izzah Anwar.

Kenyataan Hassan dibuat selepas Menteri Besar Johor mengumumkan pembubaran DUN Johor pada Isnin lalu bagi memberi laluan kepada PRN-16.

Hassan bukanlah nama asing dalam politik Johor.

Beliau pernah bertanding di kawasan Pasir Gudang pada 1986 ketika kawasan itu masih berstatus DUN sebelum dinaik taraf menjadi kawasan Parlimen.

Bagaimanapun, beliau tewas kepada calon Barisan Nasional pada pilihan raya tersebut.

Sepanjang penglibatannya dalam politik, Hassan dikenali sebagai seorang pemimpin yang lantang menyuarakan pandangan, termasuk mengkritik dasar dan keputusan Kerajaan MADANI walaupun berasal daripada parti komponen kerajaan.

Beliau berkata keputusan untuk tidak bertanding pada masa depan juga selaras dengan pendiriannya bahawa pemimpin veteran perlu memberi peluang kepada pelapis muda untuk mengambil alih tanggungjawab kepimpinan negara.

“Bagi kerusi Parlimen pun saya sudah umum akan berundur apabila Parlimen dibubarkan nanti. Saya tidak akan bertanding kerusi Pasir Gudang dalam PRU-16,” katanya.

Hassan turut mengajak rakan-rakan seperjuangannya yang seusia dengannya supaya mempertimbangkan langkah yang sama demi memastikan proses peralihan kepimpinan dapat dilakukan dengan lebih teratur.

“Usia hayat lelaki Malaysia ialah 74 tahun. Lazimnya pada usia Jurassic Park itu, rumah kata pergi, kubur kata mari. Mereka semua ini elok bersama-sama saya berundur dari pentas politik pilihan raya. Berilah peluang kepada generasi muda pula,” katanya.

Beliau menegaskan masa depan politik negara memerlukan lebih ramai pemimpin muda yang berwibawa untuk meneruskan agenda pembangunan dan pembaharuan demi kepentingan rakyat.

Berita berkaitan
560 kes kandungan memudaratkan berjaya diselesaikan MCMC
July 28, 2026· Isu semasa
Isu Yang Dipertuan Besar jangan dipolitikkan, hormati proses berjalan: Khalid Samad
5 jam lalu· Politik
‘Sudah-sudah lah berbohong, tabur fitnah’, Khalid Samad nasihat Hadi Awang
5 jam lalu· Politik
PRN NS: SPR sasar 90 peratus pengundi awal keluar mengundi
6 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
ADUN Seri Serdang bidas kempen Sanusi, seru politik lebih matang
2 jam lalu · Politik
Manifesto PH fokus pelaburan dan pekerjaan bergaji tinggi
3 jam lalu · Politik
Pembantu Muhyiddin dedah PAS pilih kawan demi kerusi, bukan kerana Melayu dan Islam
6 jam lalu · Politik
Aminuddin beri jaminan tiada tanah rakyat terlibat dalam Projek Pelabuhan AI
6 jam lalu · Politik
Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026
[VIDEO] Peguam PH dakwa kenyataan Asyraf Wajdi boleh kelirukan rakyat, gesa PDRM dan SPR siasat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok