Hubungan dengan Bersatu, PAS akan buat keputusan esok: Hadi

June 7, 2026 · Politik

PAS dijangka membuat keputusan penting mengenai kerjasamanya dengan Parti Bersatu dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat yang akan berlangsung di ibu negara malam esok.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran bukunya, ‘Perang Iran-Israel’, sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, hari ini.

“Esok, insya-Allah. Kita mesyuarat malam di Kuala Lumpur,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Abdul Hadi memaklumkan PAS sedang menilai semula hubungan dengan Bersatu susulan kebimbangan yang dibangkitkan oleh Majlis Syura Ulamak PAS terhadap krisis dan konflik dalaman yang melanda parti itu.

Menurut beliau, situasi berkenaan dilihat boleh menjejaskan kekuatan serta kestabilan Perikatan Nasional (PN), selain menghakis keyakinan rakyat terhadap gabungan pembangkang tersebut.

Isu kerjasama antara PAS dan Bersatu menjadi perhatian selepas beberapa perkembangan dalaman Bersatu mencetuskan spekulasi mengenai masa depan hubungan kedua-dua parti yang merupakan tonggak utama PN sejak Pilihan Raya Umum ke-15.

Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi berkata cadangan untuk menghidupkan semula Muafakat Nasional (MN) masih berada di peringkat perbincangan dan belum dimuktamadkan.

Mengulas laporan bahawa Barisan Nasional (BN) didakwa mempelawa Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) meninggalkan PN dan menyertai BN menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, beliau menyifatkan landskap politik negara sebagai sesuatu yang sentiasa berubah.

“Dia boleh berubah, dia tak cakap boleh berubah. Kita akan kaji,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan isu tersebut dibangkitkan dalam pertemuan antara Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden MIPP, P. Punithan pada awal minggu lalu.

Difahamkan, antara perkara yang dibincangkan termasuk tawaran agihan kerusi serta beberapa kelebihan lain bagi menarik penyertaan MIPP ke dalam BN menjelang PRN Johor yang dijangka menjadi medan ujian penting bagi parti-parti politik dalam mengukur sokongan pengundi.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
9 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
11 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
11 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
15 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok