UMNO kena hati-hati dengan PAS, jangan masuk ‘lubang biawak’ lagi: Puad

June 9, 2026 · Politik

UMNO perlu lebih berhati-hati sebelum mempertimbangkan sebarang bentuk kerjasama politik baharu susulan keputusan PAS menamatkan hubungan politiknya dengan Bersatu, kata Mohd Puad Zarkashi.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) itu berkata, pengalaman lalu membuktikan UMNO tidak boleh terburu-buru membuat keputusan, terutama selepas kegagalan Muafakat Nasional (MN) yang pernah dianggap sebagai platform penyatuan orang Melayu dan Islam.

Menurutnya, perkara itu akan dibangkitkan dalam mesyuarat MKT UMNO yang berlangsung malam ini bagi memastikan parti itu tidak mengulangi kesilapan yang sama.

“Saya akan minta supaya pemimpin UMNO lebih berhati-hati agar jangan masuk lubang biawak kali kedua setelah gagalnya MN 1.0,” katanya dipetik laporan portal Awani.

Kenyataan itu hadir ketika landskap politik pembangkang kembali berubah susulan pengumuman PAS yang secara rasmi menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu.

Presiden PAS, Abdul Hadi Awang sebelum ini berkata parti itu akan meneroka bentuk persefahaman politik dan kerjasama pilihan raya baharu demi agenda penyatuan ummah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Mengulas perkara tersebut, Puad berkata beliau masih sangsi agenda penyatuan ummah boleh dicapai hanya melalui kerjasama politik antara parti-parti tertentu.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kerjasama taktikal sekiranya ia mampu memberi kelebihan kepada parti dalam menghadapi pilihan raya.

“Jika ia bersifat taktikal dan boleh membantu kemenangan dalam pilihan raya, perkara itu boleh dipertimbangkan. Tetapi UMNO perlu menilai dengan teliti segala implikasi yang mungkin timbul,” katanya.

Beliau turut mencadangkan Johor dijadikan medan ujian bagi menilai keberkesanan sebarang bentuk kerjasama politik baharu sebelum diperluaskan ke peringkat nasional.

Perkembangan itu berlaku selepas Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan beberapa pemimpin UMNO dan PAS telah mengadakan pertemuan baru-baru ini bagi membincangkan kemungkinan bentuk kerjasama yang boleh diterokai pada masa depan.

Namun, Ahmad Zahid menegaskan pertemuan tersebut tidak melibatkan usaha menghidupkan semula Muafakat Nasional atau dikenali sebagai MN 2.0.

Muafakat Nasional diwujudkan pada September 2019 hasil kerjasama antara UMNO dan PAS selepas kekalahan Barisan Nasional dalam PRU-14.

Berita berkaitan
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
17 jam lalu· Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
19 jam lalu· Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
19 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
23 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
23 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026 · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok