PAS bukan putus hubungan terus dengan Bersatu: Tuan Ibrahim

June 10, 2026 · Politik

Keputusan PAS menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu bukan bertujuan memutuskan hubungan antara kedua-dua parti, sebaliknya memberi ruang kepada masing-masing menentukan hala tuju politik tanpa terikat dengan sebarang kerjasama rasmi.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira pelbagai pengalaman dan cabaran yang timbul sepanjang tempoh kerjasama antara kedua-dua parti dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, beberapa isu yang berlaku sebelum ini menunjukkan wujud kekangan dalam usaha memperkukuhkan hubungan serta kerjasama politik antara PAS dan Bersatu.

“Sebagai contoh, tindakan PAS Melaka menjemput Ahli Parlimen Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin ke program anjuran PAS tidak disenangi oleh rakan-rakan daripada Bersatu sendiri.

“Jika jemputan seperti itu pun menimbulkan rasa tidak selesa, apatah lagi apabila melibatkan usaha menyatukan pelbagai kumpulan dalam gerak kerja PN,” katanya menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau turut mendakwa usaha PAS untuk membawa beberapa pertubuhan dan parti lain seperti Berjasa, Pejuang dan Perkasa menyertai PN tidak berjaya kerana mendapat bantahan daripada Bersatu.

Tuan Ibrahim berkata, beberapa perkembangan di peringkat negeri termasuk di Perlis dan Negeri Sembilan, selain kenyataan terbuka yang disifatkan sebagai serangan terhadap PAS oleh segelintir pemimpin Bersatu, turut menyumbang kepada keputusan tersebut.

“PAS akhirnya tidak mempunyai pilihan selain membawa isu kerjasama ini kepada Majlis Syura untuk mendapatkan pandangan dan pertimbangan.

“Hasil kajian dan mesyuarat yang dibuat, Majlis Syura telah mengemukakan pandangannya untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa PAS Pusat,” katanya.

Menurut beliau, selepas melalui perbincangan yang panjang, PAS membuat keputusan sebulat suara untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu.

“Maka selepas melalui perbincangan yang panjang, PAS membuat keputusan secara sebulat suara untuk menghentikan kerjasama dengan Bersatu.

“Keputusan ini bukan bermaksud PAS mengutamakan permusuhan. Hubungan dan ukhuwah antara ahli serta pimpinan kedua-dua parti akan terus terjalin dan dipelihara,” katanya.

Pada Selasa, Presiden PAS Abdul Hadi Awang mengumumkan parti itu secara rasmi menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu selepas Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil kira laporan, kajian dan penilaian semasa berhubung hubungan antara kedua-dua parti.

Berita berkaitan
Parti Amanah sindir PAS lebih teruk daripada bau kambing, hanya fikir kepentingan diri
June 10, 2026· Politik
PAS nampak gila kuasa masih dalam PN tetapi ceraikan Bersatu: Mahfuz
4 jam lalu· Politik
Muktamad! Tiada kerjasama dengan PAS walaupun putus dengan Bersatu: Zahid
June 9, 2026· Politik
UMNO jangan ulang formula lama kerjasama dengan PAS: Mahfuz
June 9, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN yakin agihan kerusi PRN Johor, Negeri Sembilan tiada pertindihan
June 10, 2026 · Politik
DAPSY pertahan dakwaan Mohamad Hasan terlibat krisis politik Negeri Sembilan
June 10, 2026 · Politik
AMK bidas Akmal cuba ugut PMX, nasihat jangan jadi parasit
June 10, 2026 · Politik
SPR bermesyuarat Jumaat, dijangka umum tarikh PRN Johor dan Negeri Sembilan
5 jam lalu · Politik
Bersatu tetap teguh walau ditinggalkan PAS: Azmin
June 9, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar beri bayangan PRU awal jika berterusan ada ugutan
May 17, 2026
[VIDEO] Literasi digital jadi benteng kekang jenayah siber kanak-kanak: Fahmi
May 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok