UMNO terima lebih 21,000 ahli baharu sejak Februari: Asyraf Wajdi

June 12, 2026 · Politik

UMNO merekodkan kemasukan 21,858 ahli baharu sejak pelaksanaan inisiatif Rumah Bangsa pada Februari lalu, termasuk bekas pemimpin dan ahli yang pernah meninggalkan parti itu sebelum ini.

Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki berkata, jumlah tersebut turut didorong oleh pembukaan sistem pendaftaran ahli secara dalam talian yang bermula pada 20 April lalu.

Menurutnya, dalam tempoh kurang dua bulan, UMNO berjaya menarik semula penyertaan ramai bekas ahli serta pemimpin parti, termasuk individu yang sebelum ini menyertai Parti Bersatu.

“Dalam tempoh tidak sampai dua bulan, pendaftaran ahli baharu dan kemasukan kembali bekas-bekas pimpinan dan ahli-ahli parti UMNO termasuk pimpinan Bersatu seluruh Malaysia berjumlah 21,858 orang.

“Moga Allah berkati dan rahmati Rumah Bangsa ini yang banyak jasanya dalam mencorakkan dan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air sepanjang lapan dekad di persada perjuangan,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Antara tokoh yang kembali menyertai UMNO menerusi inisiatif itu ialah bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, bekas Pengerusi UMNO Selangor, Noh Omar, bekas Pengerusi UMNO Kelantan, Mustapa Mohamed serta veteran politik dan bekas Menteri Luar, Syed Hamid Albar.

Turut diterima semula ialah Ahli Parlimen Sembrong, Hishammuddin Hussein yang sebelum ini digantung keahliannya pada 2023.

Inisiatif Rumah Bangsa diperkenalkan oleh UMNO sebagai platform untuk memberi peluang kepada bekas ahli dan pemimpin yang pernah keluar parti, dipecat atau digantung keahlian agar kembali bersama perjuangan parti berkenaan.

Perkembangan itu dilihat sebagai sebahagian daripada usaha UMNO memperkukuhkan semula kedudukannya menjelang landskap politik yang semakin rancak menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Berita berkaitan
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
8 jam lalu· Politik
Zahid sokong siasatan Tabung Haji selepas 2017
10 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
10 jam lalu· Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
8 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
August 24, 2026 · Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
August 24, 2026 · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok