PRN berasingan bukan faktor kelebihan kepada BN: Khaled

June 13, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) tidak melihat pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan secara berasingan sebagai satu kelebihan kepada gabungan itu berbanding parti-parti lain.

Naib Presiden UMNO, Mohamed Khaled Nordin berkata, kejayaan dalam pilihan raya tidak bergantung kepada sama ada PRN diadakan serentak atau berasingan, sebaliknya ditentukan oleh kekuatan parti serta keyakinan rakyat terhadap calon dan dasar yang ditawarkan.

Menurutnya, BN dan parti-parti komponennya sentiasa bersedia menghadapi sebarang pilihan raya tanpa bergantung kepada faktor jadual atau masa pelaksanaan.

“Kita tidak bergantung sama ada pilihan raya diadakan bersama atau tidak. Soal mengapa PRN Johor dan Negeri Sembilan diadakan berasingan, itu perlu ditanya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Ketika Johor membubarkan Dewan Undangan Negeri dahulu, tidak timbul isu mengadakan pilihan raya serentak dengan Negeri Sembilan kerana ketika itu kita sendiri tidak tahu Negeri Sembilan akan turut membubarkan dewan dan mengadakan pilihan raya,” katanya selepas merasmikan Program Jiwa Murni Madani Kementerian Pertahanan di Sekolah Kebangsaan Johor Kampong, hari ini.

Semalam, SPR mengumumkan penamaan calon bagi PRN Johor akan berlangsung pada 27 Jun, manakala pengundian awal ditetapkan pada 7 Julai dan hari mengundi pada 11 Julai.

Bagi PRN Negeri Sembilan pula, penamaan calon dijadualkan pada 18 Julai, pengundian awal pada 28 Julai dan hari mengundi pada 1 Ogos.

PRN di kedua-dua negeri itu menjadi tumpuan kerana bakal menguji kekuatan gabungan politik utama negara selepas beberapa siri pilihan raya negeri dan Pilihan Raya Umum ke-15 yang menyaksikan perubahan landskap politik serta kerjasama antara BN dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat kerajaan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Khaled menolak dakwaan kenyataan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi yang enggan duduk semeja dengan pemimpin DAP boleh dianggap sebagai bersifat perkauman terhadap masyarakat Cina di negeri itu.

“Beliau tidak mengatakan DAP itu Cina dan Cina itu DAP. Apa yang diperkatakan adalah mengenai DAP sebagai sebuah parti politik. BN sendiri mempunyai parti komponen yang mewakili masyarakat Cina sejak dahulu lagi dan mereka adalah rakan kongsi kita.

“Jadi tidak timbul isu beliau bersikap perkauman terhadap komuniti Cina,” katanya.

Pada masa sama, beliau mengalu-alukan penyertaan mana-mana parti politik, sama ada parti lama mahupun baharu, dalam PRN Johor yang akan datang.

Katanya, sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi, setiap parti berhak menawarkan diri kepada rakyat dan bertanding secara sihat.

“Apa yang penting ialah rakyat membuat pilihan secara rasional dengan memilih parti yang benar-benar mampu mewakili kepentingan mereka serta membawa kehidupan yang lebih baik dan sejahtera,” katanya.

Berita berkaitan
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
6 jam lalu· Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
11 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
13 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
6 jam lalu · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
6 jam lalu · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
11 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
14 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
20 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok