Kadar elektrik universiti dikecualikan SST, PMX beri penjelasan kepada mahasiswa

June 30, 2025 · Isu semasa

Kritikan sekumpulan mahasiswa yang mendakwa mereka akan terjejas dengan kenaikan tarif elektrik adalah mengelirukan, kata Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata tidak faham dengan sekumpulan mahasiswa yang memberi persepsi salah berhubung kenaikan tarif elektrik walhal universiti awam di negara sudah dikecualikan daripada skop peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Katanya, langkah kerajaan berhubung keputusan peluasan skop sistem percukaian dibuat tanpa membebankan majoriti rakyat.

“Apa yang dibangkitkan mengenai SST, saya lihat ada beberapa mahasiswa mengeluh katanya kadar elektrik naik.

“Saya tak faham, apakah benar dia terkesan, umpamanya jika ada universiti mengenakan kadar elektrik bagi mahasiswa. Kalau benar, itu kita harus betulkan dan yang saya tahu universiti awam dikecualikan.

“Jadi hal-hal ini disebar kerana kebebasan itu jadi ruang fitnah, ruang maki hamun dan saya harap saudara saudari, adik-adik kita atau anak-anak kita tolong berikan fakta, saya tidak ada masalah orang menegur dan mengkritik,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini.

Baru-baru ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) berarak di hadapan pusat beli belah Sogo di ibu negara bagi membantah perluasan SST.

Beberapa sepanduk turut dibawa dengan ditulis pelbagai slogan sebagai bantahan terhadap langkah pelaksaan cukai itu.

Pada 9 Jun lalu, kerajaan mengumumkan semakan bersasar kadar SST yang akan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025.

Kadar cukai jualan kekal tidak berubah bagi barangan keperluan manakala, kadar sama ada lima atau 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan yang tidak penting atau mengikut budi bicara.

Skop cukai perkhidmatan akan diperluaskan merangkumi enam perkhidmatan baharu seperti penyewaan atau pajakan, pembinaan, kewangan, penjagaan kesihatan swasta, pendidikan dan kecantikan.

Berita berkaitan
Skandal FELDA: Laporan awal mula didedah minggu depan
4 jam lalu· Isu semasa
Pengampunan Najib: Anwar dedah apa yang dibincangkan dengan Agong
4 jam lalu· Politik
Isu letak jawatan: Anwar mahu jumpa Loke selepas pulang dari Shanghai
4 jam lalu· Politik
Pengampunan Najib: PH tegaskan tiada siapa mengatasi undang-undang
September 18, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Kes scam: Pesara guru rugi RM15,000 ditipu sindiket menyamar pegawai polis
3 jam lalu · Isu semasa
Projek Kampung Angkat MADANI perkasa kemudahan dua kampung di Kuala Pilah: Fahmi
4 jam lalu · Isu semasa
Akta Tahanan Rumah: Tahanan reman mungkin tidak lagi duduk di penjara
11 jam lalu · Isu semasa
Amaran kecemasan dikeluarkan di tujuh kawasan Saudi
September 19, 2026 · Isu semasa
Bil elektrik boleh turun hingga RM47 sebulan mulai Oktober: TNB
September 18, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok