PH ada calon MB, Zaliha anggap desakan Onn Hafiz sekadar polemik

June 20, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) menegaskan Barisan Nasional (BN) Johor tidak perlu terlalu mempersoalkan siapa calon Menteri Besar yang akan diketengahkan gabungan itu sekiranya berjaya membentuk kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Pengerusi PKR Johor, Zaliha Mustafa berkata, soal pelantikan Menteri Besar bukan ditentukan semata-mata oleh parti politik kerana ia tertakluk kepada perkenan Sultan Johor mengikut Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

Menurut beliau, desakan yang dibuat Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi, supaya PH menamakan calon Menteri Besarnya lebih awal dilihat sebagai cubaan mewujudkan polemik politik dan membentuk persepsi dalam kalangan rakyat.

“Desakan dibuat Onn Hafiz hanyalah cubaan mencipta polemik politik dan persepsi memandangkan pelantikan jawatan nombor satu negeri itu akhirnya tertakluk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.

“PH termasuk PKR mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah tersebut sekiranya diberikan mandat oleh rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Naib Presiden PKR itu turut mengingatkan pengumuman ‘poster boy’ atau calon Menteri Besar ketika kempen pilihan raya tidak semestinya menjamin individu berkenaan akan dilantik memegang jawatan tersebut.

Beliau berkata rakyat Johor masih mengingati situasi pada Pilihan Raya Negeri Johor 2022 apabila BN menampilkan Hasni Mohammad sebagai ‘poster boy’, namun akhirnya Onn Hafiz yang dipilih untuk menerajui pentadbiran negeri.

“Justeru, tindakan beliau mendesak PH ketika ini menimbulkan tanda tanya sama ada beliau benar-benar bercakap tentang hak rakyat atau sekadar cuba mencetuskan polemik politik,” katanya.

Tambah Zaliha, fokus utama PH ketika ini adalah mendekati rakyat di seluruh Johor bagi memahami isu dan cabaran yang mereka hadapi, selain merangka dasar yang mampu memberikan manfaat kepada negeri itu pada masa hadapan.

Menurut beliau, usaha turun padang dan mendengar suara rakyat lebih penting berbanding terlibat dalam perdebatan mengenai calon Menteri Besar sebelum pilihan raya diadakan.

PRN Johor dijangka menjadi antara medan politik paling penting tahun ini susulan spekulasi pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) yang semakin hangat diperkatakan.

Ketika ini, hubungan antara parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan di negeri itu turut menjadi perhatian berikutan kenyataan BN Johor yang mahu bertanding di semua 56 kerusi DUN.

Perdebatan mengenai calon Menteri Besar dijangka terus menjadi isu sepanjang kempen, namun PH menegaskan keutamaan mereka adalah menawarkan dasar serta penyelesaian kepada masalah rakyat Johor berbanding menumpukan kepada soal individu yang bakal menerajui negeri tersebut.

Berita berkaitan
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
2 jam lalu· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
13 jam lalu· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
19 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
2 jam lalu · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
13 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
13 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
19 jam lalu · Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok