Srikandi PKR persoal sumbangan Rafizi kepada anak muda

June 22, 2026 · Politik

Ketua Srikandi PKR, Nurhidayah Che Rose menggesa Rafizi Ramli supaya menghentikan naratif yang didakwa boleh mengelirukan golongan muda dengan menggambarkan seolah-olah sistem negara berada dalam keadaan rosak.

Menurut beliau, bekas timbalan presiden PKR itu seharusnya menjelaskan rekod pencapaiannya ketika berada dalam kerajaan, khususnya berkaitan usaha membantu dan memperkasakan anak muda, berbanding terus memainkan sentimen kekecewaan bagi meraih sokongan politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

“Kerana mahu mendapat undi dan sokongan anak muda menjelang PRU16 dengan memperkudakan golongan muda yang teruja melihat perjuangan palsu, Rafizi cuba memutar-belitkan fakta dengan mendakwa sistem telah rosak.

“Semua anak muda dalam PKR tahu bahawa ketika berada dalam parti, beliau juga pernah memberikan pelbagai harapan kepada anak muda seperti isu gaji minimum dan harga kereta Myvi yang lebih murah, selain mengajar politik fitnah dan adu domba,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu dibuat sebagai respons terhadap kenyataan Rafizi dalam Podcast YBM Episod 52 yang mendakwa keresahan generasi muda terhadap masa depan mereka bukan menunjukkan golongan itu bermasalah, sebaliknya mencerminkan kelemahan sistem semasa.

Dalam podcast berkenaan, Rafizi berkata ramai anak muda hari ini bekerja keras tetapi masih berdepan kesukaran untuk meningkatkan taraf hidup, sekali gus menyebabkan mereka mempersoalkan masa depan yang menanti.

Bagaimanapun, Nurhidayah berkata beliau tidak bersetuju dengan dakwaan kebimbangan anak muda boleh dijadikan bukti bahawa sistem negara telah gagal berfungsi.

Sebaliknya, beliau mempersoalkan sumbangan sebenar Rafizi ketika memegang jawatan penting dalam kerajaan, terutama dalam merangka dasar dan program yang memberi manfaat kepada generasi muda.

“Sebagai anak muda, saya tidak bersetuju dengan dakwaan bahawa generasi muda yang mempersoalkan masa depan mereka merupakan bukti sistem negara telah rosak.

“Jika beliau benar-benar prihatin terhadap nasib anak muda, rakyat berhak mengetahui apakah inisiatif yang telah diperkenalkan untuk meningkatkan pendapatan, memperluaskan peluang pekerjaan dan memperkukuh kedudukan ekonomi golongan muda,” katanya.

Menurut beliau, golongan muda ketika ini lebih memerlukan penyelesaian praktikal berbanding retorik politik atau gambaran pesimis mengenai keadaan negara.

“Apa yang lebih penting ialah apakah hasil dan impak yang telah dicapai melalui usaha tersebut. Anak muda tidak memerlukan naratif bahawa sistem sudah rosak, sebaliknya memerlukan peluang yang lebih luas serta dasar yang berkesan untuk menjamin masa depan yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut menegaskan mana-mana pemimpin perlu dinilai berdasarkan rekod pencapaian, keberkesanan dasar dan hasil yang dibawa kepada rakyat, bukannya bergantung kepada retorik politik semata-mata.

Berita berkaitan
Tiada arahan sekat Onn Hafiz masuk ke FELDA: Zahid
2 jam lalu· Politik
Maszlee sedia berdebat, adakah Onn Hafiz akan sahut?
13 jam lalu· Politik
PRN Johor: Debat Maszlee dan Onn Hafiz, biar pengundi nilai siapa layak jadi MB?
19 jam lalu· Politik
Tun Faisal gesa Samsuri lapor polis isu dua kenyataan media berbeza di FB
19 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Keputusan rayuan Guan Eng, isteri dan ahli perniagaan diketahui hari ini
1 jam lalu · Politik
Kerajaan pusat dan negeri sepakat tangani cabaran ekonomi: Anwar
12 jam lalu · Politik
Bersatu persoal keabsahan Mesyuarat Tertinggi PN, langgar kehendak RoS
13 jam lalu · Politik
Kecoh kenyataan awal dipadam, pengguna FB kantoikan tangkap layar akaun Samsuri
19 jam lalu · Politik
Johor perlukan kerajaan negeri sehaluan Putrajaya: Amanah
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar gesa pengundi Johor pilih kerajaan negeri sehaluan dengan Putrajaya
June 15, 2026
[VIDEO] Ada negara stesen minyak ditutup, negara Arab naikkan harga: Anwar
June 15, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok