Bukankah FELDA diurus Pengerusi dan Menteri UMNO? DAPSY persoal dakwaan MB Johor

June 24, 2026 · Politik

Ketua DAPSY Kebangsaan, Woo Kah Leong mempersoalkan punca sebenar yang menyebabkan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi didakwa dihalang memasuki kawasan FELDA sehingga membawa kepada pembatalan Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 baru-baru ini.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar itu, keadaan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan kementerian yang menguruskan FELDA serta kepimpinan tertinggi agensi berkenaan diterajui oleh pemimpin daripada parti yang sama.

“Pelik betul apabila terbaca berita ini. Menteri yang uruskan FELDA tidak ingin duduk semeja ke ataupun Pengerusi FELDA tidak ingin duduk semeja?

“Siapakah Menteri yang uruskan FELDA dan Pengerusi FELDA? Daripada parti sendiri kan?” katanya menerusi satu hantaran di media sosial.

Kah Leong turut menyindir situasi berkenaan dengan menyifatkan ia menggambarkan wujudnya konflik dalaman yang sukar difahami oleh rakyat.

“Bila dah tak ada pencapaian untuk dibangga-banggakan, serang DAP. Lepas tak tahu nak serang apa, serang sembarangan pula. Sampai serang parti sendiri.

“Memang betul cakap ‘poster boy bukan jaminan jadi MB’,” katanya lagi.

Kontroversi itu tercetus selepas Onn Hafiz mendedahkan dihalang daripada menghadiri dan menyempurnakan satu program bersama komuniti FELDA di Johor, yang menurutnya merupakan kejadian pertama melibatkan seorang Menteri Besar di negeri berkenaan.

Beliau berkata insiden tersebut menyebabkan Program Sambutan Hari Peneroka FELDA Negeri Johor 2026 terpaksa dibatalkan, sekali gus mengecewakan ramai peneroka dan penduduk yang telah membuat persiapan untuk menghadiri acara berkenaan.

Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi menafikan dakwaan terdapat arahan daripada pihak pengurusan FELDA atau kerajaan yang menghalang Menteri Besar Johor memasuki kawasan tanah rancangan itu.

“Saya tidak pernah mengarahkan atau menghalang Menteri Besar Johor untuk masuk ke dalam kawasan FELDA,” katanya ketika diminta mengulas perkara tersebut.

Beliau turut menegaskan sebarang tindakan seperti yang didakwa berlaku tidak pernah mendapat arahan daripadanya.

Isu berkenaan menjadi perhatian ramai kerana FELDA mempunyai hubungan rapat dengan pembangunan sosioekonomi masyarakat luar bandar, khususnya di Johor yang mempunyai sejumlah besar kawasan tanah rancangan.

Sejak penubuhannya pada 1956, FELDA memainkan peranan penting dalam meningkatkan taraf hidup peneroka melalui pembangunan sektor perladangan dan penempatan terancang.

Berita berkaitan
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
10 jam lalu· Isu semasa
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
24 jam lalu· Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
November 23, 2026· Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
November 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
8 jam lalu · Politik
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
8 jam lalu · Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
8 jam lalu · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
11 jam lalu · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
24 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok