Akmal Nasrullah tak setuju Onn Hafiz jadikan had bulanan BUDI95 modal politik PRN

July 8, 2026 · Politik

Cadangan memansuhkan had bulanan subsidi petrol bersasar BUDI95 ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disifatkan sebagai tindakan yang boleh mengalih perhatian daripada agenda utama pembangunan negeri.

Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, kempen pilihan raya sepatutnya digunakan untuk membentangkan gagasan, dasar dan penyelesaian bagi membawa Johor ke tahap lebih maju, bukannya mencetuskan polemik baharu berkaitan dasar Persekutuan.

Beliau berkata demikian ketika mengulas gesaan Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi supaya kerajaan memansuhkan had bulanan subsidi bahan api bersasar atas alasan jumlah diperuntukkan tidak mencukupi, selain kuota diesel memberi kesan kepada kos perniagaan.

“Sudah pasti apabila cadangan itu dibangkitkan ketika musim kempen pilihan raya, ia tidak berapa cantik kerana tumpuan ketika ini sepatutnya kepada usaha membangunkan Johor,” katanya semasa membantu kempen calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir, Mohd Nor Mohd Yusof, di Pasar Tani Kekal Bukit Gambir pada Rabu.

Menurutnya, mekanisme BUDI95 diperkenalkan dengan tujuan jelas untuk memastikan subsidi petrol RON95 sampai kepada rakyat yang layak, selain mengekang ketirisan dan penyalahgunaan oleh pihak tidak berhak termasuk warga asing.

Katanya, sistem itu juga membolehkan kerajaan mengumpul data penggunaan bahan api secara lebih tersusun bagi membantu perancangan dasar serta penyaluran bantuan pada masa depan.

“Mekanisme ini membolehkan kerajaan mengetahui data penggunaan secara lebih sistematik. Apabila kita mempunyai data lebih tepat, kerajaan boleh membuat keputusan lebih menyeluruh jika ada keperluan untuk menambah baik atau memperluaskan bantuan kepada segmen tertentu,” katanya.

BUDI95 merupakan antara pendekatan subsidi bersasar kerajaan bagi mengurangkan ketirisan perbelanjaan negara, ketika kerajaan berusaha menyeimbangkan kedudukan fiskal dan memastikan bantuan tidak dinikmati golongan yang tidak layak.

Akmal berkata, membawa isu subsidi ke pentas PRN tidak memberi manfaat besar kepada rakyat kerana ia boleh menenggelamkan perbahasan mengenai keperluan sebenar Johor, termasuk peluang pekerjaan, kemudahan awam, pelaburan dan kesejahteraan rakyat.

“Apabila kempen mula membawa isu di luar kerangka pilihan raya negeri, ia memberi gambaran seolah-olah kenyataan itu dibuat dalam keadaan terdesak atau sengaja mencetuskan polemik baharu mengenai agihan subsidi,” katanya.

Beliau menegaskan dasar subsidi bukan diputuskan oleh satu parti sahaja, sebaliknya dibuat secara kolektif oleh kerajaan yang dianggotai pelbagai parti.

Menurutnya, kenyataan Onn Hafiz yang juga calon DUN Machap itu seolah-olah “menembak kaki sendiri” kerana ia menyentuh keputusan kerajaan yang turut melibatkan parti-parti dalam pentadbiran semasa.

“Apabila mengulas dasar di peringkat Persekutuan, kita perlu mengakui ia keputusan kerajaan yang sedang berusaha mengimbangi kedudukan fiskal negara. Sebab itu perkara ini tidak sepatutnya dijadikan isu politik dalam kempen pilihan raya,” katanya.

Berita berkaitan
Subsidi cecah RM3.5 Bilion sebulan jika minyak dunia naik AS$90
July 22, 2026· Isu semasa
Ekonomi Malaysia dijangka lebih kukuh, KDNK berpotensi melepasi 5%
July 20, 2026· Isu semasa
KDNK cecah 5.8 peratus, reformasi kerajaan pacu pertumbuhan ekonomi: PMX
July 17, 2026· Isu semasa
Rakyat Israel dikesan di Malaysia akan diusir segera, tiada kompromi: PMX
July 15, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Sanusi memang gemar keluar kenyataan pelik
July 26, 2026 · Politik
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
July 26, 2026 · Politik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
1 jam lalu · Politik
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
2 jam lalu · Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok