AMK dakwa Parti Bersama bantu kemenangan BN di Johor

July 13, 2026 · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mendakwa kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dipengaruhi peranan Parti Bersama yang didakwa memecahkan undi Pakatan Harapan (PH), sekali gus memberi kelebihan kepada gabungan itu.

Exco AMK, Dzul Hilmi Zainol mendakwa strategi Parti Bersama yang dipimpin Rafizi Ramli bukan sahaja gagal mencabar BN, malah menyebabkan undi penyokong reformasi berpecah.

“Saya harap mereka sudah boleh tutup kedai selepas ini apabila misi membalas dendam kepada PH, khususnya di Johor, telah berjaya.

“Saya juga berharap Rafizi berpuas hati dengan pencapaian itu walaupun berhabis puluhan ribu ringgit untuk bertanding tetapi akhirnya kehilangan deposit,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau turut menggesa penyokong PH supaya tidak lagi bersimpati terhadap Parti Bersama kerana mendakwa tindakan parti itu hanya menguntungkan pihak lawan, terutama menjelang PRN Negeri Sembilan dan Melaka.

Menurut Dzul Hilmi, keputusan PRN Johor menunjukkan Parti Bersama gagal menarik sokongan pengundi, sebaliknya hanya memecahkan undi penyokong PH.

“Keputusan pilihan raya jelas menunjukkan siapa yang paling mendapat manfaat daripada perpecahan ini. Apabila undi penyokong reformasi berpecah, pihak yang paling untung ialah BN.

“Apa yang dilihat sepanjang kempen juga lebih tertumpu kepada menyerang PH dan PKR berbanding mengemukakan tawaran baharu yang mampu meyakinkan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, kegagalan Parti Bersama memperoleh sokongan sehingga ramai calonnya hilang wang deposit sepatutnya menjadi ruang untuk parti itu melakukan muhasabah.

Katanya, semua pihak yang mendukung agenda reformasi perlu memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh PH serta memastikan kepentingan rakyat terus menjadi keutamaan, bukannya membuka ruang kepada BN dan PAS mengukuhkan kedudukan.

“Kepada seluruh penyokong PH dan PKR, marilah kita mengambil iktibar daripada keputusan ini.

“Perpecahan hanya menguntungkan pihak lawan, manakala perpaduan merupakan kekuatan utama untuk meneruskan agenda reformasi demi masa depan negara,” katanya.

Sebelum ini, pemimpin DAP, Tony Pua dilaporkan mendakwa beberapa kerusi PH seperti Perling, Stulang dan Bukit Batu antara kawasan yang terjejas akibat pertandingan Parti Bersama, sekali gus menyumbang kepada perpecahan undi.

Pada PRN Johor yang berlangsung Sabtu lalu, BN berjaya mempertahankan pentadbiran negeri dengan kemenangan besar, manakala Parti Bersama gagal memenangi sebarang kerusi dan beberapa calonnya turut hilang wang deposit.

Berita berkaitan
Adam Adli: Rundingan BN-PH belum bermula, tapi masih terbuka
13 jam lalu· Politik
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
17 jam lalu· Politik
Lapan termasuk pempengaruh direman kes tutup lebuh raya untuk lumba haram
17 jam lalu· Isu semasa
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
August 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
11 jam lalu · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
13 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
17 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
August 23, 2026 · Politik
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok