PAS bayang landskap politik baharu jika BN-PN menang di Negeri Sembilan

July 17, 2026 · Politik

PAS menjangkakan landskap politik negara akan memasuki fasa baharu sekiranya kerjasama antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) berjaya memperoleh majoriti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan, 1 Ogos ini.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kemenangan gabungan itu bukan sahaja membuka laluan kepada pembentukan kerajaan negeri, malah mampu mencorakkan senario politik baharu di Malaysia.

“Susulan kerjasama itu, seandainya PN memenanginya kita akan bersama membentuk kerajaan di Negeri Sembilan. Dan ini menjadikannya sebagai satu senario politik baharu di Malaysia,” katanya dalam laporan dipetik Malaysiakini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada PN bersedia membentuk kerajaan negeri bersama BN sekiranya gabungan itu menerima mandat daripada rakyat pada PRN Negeri Sembilan.

Semalam, PN mengumumkan hanya akan bertanding di 11 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) tanpa penyertaan Bersatu, yang sebelum ini merupakan antara parti komponen gabungan berkenaan.

Mengikut agihan kerusi, PAS akan bertanding di lima DUN, Parti Wawasan di empat kerusi, manakala Gerakan dan Parti India Malaysia (MIPP) masing-masing bertanding di satu kerusi.

Sementara itu, Parti Pejuangyang turut berada dalam PN memutuskan tidak meletakkan calon pada PRN kali ini. Bersatu pula memilih bertanding secara berasingan selepas mendakwa diketepikan daripada rundingan pembahagian kerusi.

Keputusan PN bertanding di 11 kerusi dilihat melengkapkan 25 kerusi yang ditandingi BN, sekali gus memberi gambaran wujudnya kerjasama pilihan raya antara kedua-dua gabungan itu bagi menghadapi Pakatan Harapan (PH).

PRN Negeri Sembilan akan bermula dengan proses penamaan calon esok, manakala hari pengundian ditetapkan pada 1 Ogos.

Berita berkaitan
PRN NS: Loke dakwa difitnah pemimpin UMNO konon bakal jadi MB
July 29, 2026· Politik
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
6 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
8 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Laporan RCI dedah bonus lumayan kepada kakitangan TH ketika aset susut
July 29, 2026 · Politik
Anwar ambil alih pantau isu masyarakat india, mohon maaf guna istilah ‘kuil haram’
July 29, 2026 · Politik
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
6 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
9 jam lalu · Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok