PH kecam khianat bahan kempen, seru politik sihat

July 20, 2026 · Isu semasa

Pakatan Harapan (PH) menggesa semua pihak mengelakkan politik kebencian sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan susulan beberapa insiden kerosakan bahan kempen yang dilaporkan di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Sekretariat Pusat Media PRN Negeri Sembilan ke-16 PH memaklumkan Bilik Gerakan Utama gabungan itu menerima laporan mengenai bendera kempen yang dibakar di DUN Palong pada malam Ahad, selain pancang bendera yang didakwa dirosakkan akibat perbuatan khianat di DUN Chembong pada pagi Isnin.

Menurut kenyataan itu, PH berhak mengambil tindakan undang-undang sekiranya siasatan membuktikan wujud perbuatan merosakkan, menurunkan atau memusnahkan bahan kempen pilihan raya oleh mana-mana pihak.

“PH ingin memaklumkan kami berhak mengambil tindakan undang-undang di bawah Seksyen 4A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 serta Seksyen 427 Kanun Keseksaan (kerana melakukan khianat) sekiranya terbukti bahan kempen pilihan raya seperti poster, bendera atau sepanduk dikhianati, dirosakkan atau diturunkan oleh pihak lawan kerana tindakan khianat ini merupakan satu kesalahan,” menurut kenyataan itu.

PH turut memaklumkan Pengarah Pilihan Raya Bilik Gerakan DUN yang terlibat telah dinasihatkan supaya membuat laporan kepada pihak berkuasa namun menegaskan gabungan itu tidak berniat menuding jari kepada mana-mana pihak buat masa ini.

Pada masa sama, PH menyeru semua parti dan penyokong supaya tidak menjadikan insiden sedemikian sebagai budaya politik, selain meminta anggota serta jenteranya tidak membalas sebarang provokasi yang mungkin bertujuan mengeruhkan suasana sepanjang kempen.

“Berkempenlah dengan sihat kerana hak untuk berpolitik dan berkempen termaktub secara tidak langsung dan dilindungi di bawah Perlembagaan Persekutuan Malaysia melalui beberapa peruntukan Kebebasan Asasi (Bahagian II) serta hak politik asas lain.

“Menangilah hati rakyat dan pengundi dengan dasar polisi yang jelas bukan politik khianat kebencian yang tidak sama sekali berasas,” menurut kenyataan itu lagi.

Kempen PRN Negeri Sembilan kini memasuki fasa aktif dengan parti-parti bertanding giat mendekati pengundi menjelang hari pengundian.

Dalam tempoh itu, semua parti diingatkan supaya mematuhi undang-undang pilihan raya dan mengamalkan kempen secara berhemah bagi memastikan proses demokrasi berlangsung dalam suasana aman serta harmoni.

 

Berita berkaitan
PRN Melaka: PH sasar pertahan kerusi, intai peluang rampas baharu
October 27, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Isu DAP: Amanah minta PAS hentikan politik sentimen
October 22, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
Belanjawan 2027 angkat institusi Islam, pandangan tokoh agama diambilkira: PMX
October 28, 2026 · Isu semasa
47,412 kandungan buli siber diminta dipadam, TikTok rekod tertinggi: Fahmi
October 28, 2026 · Isu semasa
AGC ketuai siasatan khas jenayah kewangan, tiada individu atau syarikat terkecuali
1 jam lalu · Isu semasa
Harga diesel tanpa subsidi naik 20 sen, RON95 cecah RM4.42
1 jam lalu · Isu semasa
56,304 kandungan palsu diturunkan sejak 2023
8 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok