PH tolak dakwaan krisis pemilihan calon Chuah

July 20, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan menafikan dakwaan berlaku perpecahan dalam gabungan itu susulan isu pemilihan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Chuah.

Pengerusi PH Negeri Sembilan, Aminuddin Harun berkata isu berhubung pemilihan calon berkenaan sudah diselesaikan dan tidak lagi menjejaskan kepimpinan serta jentera parti.

Menurutnya, pemilihan penyandang DUN Chuah, Yew Boon Lye untuk mempertahankan kerusi itu dipersetujui parti selain mendapat sokongan Timbalan Ketua Cabang PKR Port Dickson, Kenny Chiew Chi Kin.

“Kita sedia maklum bahawa Kenny sebelum ini antara yang menawarkan diri untuk berkhidmat kepada masyarakat di DUN Chuah dan bekerja keras memastikan kekuatan PKR di Cabang Port Dickson.

“Bagaimanapun, Boon Lye telah dipilih sebagai calon PH, sekali gus mempertahankan kerusi tersebut dan Kenny pula telah memberikan sokongan kepada Boon Lye, begitu juga kepada calon-calon PH lain di Port Dickson,” katanya pada sidang media, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan yang tular di media sosial mengenai kononnya wujud ketidakpuasan hati terhadap pemilihan calon DUN Chuah termasuk penyebaran risalah yang membandingkan prestasi Kenny dengan Boon Lye.

Aminuddin berkata dakwaan berlaku perpecahan dalam PH hanyalah persepsi yang sengaja dimainkan ketika musim pilihan raya dan enggan mengaitkannya dengan mana-mana pihak.

“Itu saya tidak mahu tuduh, tetapi biasalah dalam politik apabila menghadapi pilihan raya banyak perkara boleh berlaku.

“Bagi kami di PH, kita hanya perlu menerangkan situasi sebenar bagi menunjukkan tidak ada perbezaan antara kami.

“Saya yakin Kenny mahukan kemenangan semua calon PH, bukan sahaja di Port Dickson tetapi di seluruh Negeri Sembilan,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Port Dickson turut merakamkan penghargaan kepada Kenny kerana terus membantu kempen parti walaupun tidak dicalonkan.

“Hari ini juga kita adakan sidang media bagi menunjukkan kebersamaan kita dan menutup segala cerita yang seolah-olah menggambarkan berlaku perpecahan di DUN Chuah dan sebahagian kawasan Port Dickson,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Aminuddin menggesa semua pihak berkempen secara berintegriti serta mematuhi peraturan sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Pada PRN 2023, Boon Lye mempertahankan kerusi DUN Chuah selepas memperoleh 8,172 undi untuk menewaskan calon Perikatan Nasional (PN), Tang Jay Son dengan majoriti 6,298 undi.

Pada PRN kali ini, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi berkenaan dalam saingan dua penjuru menentang calon Barisan Nasional (BN), Pau Jeou Ching.

 

Berita berkaitan
PRN Melaka: Zahid sahkan BN belum pilih PH atau PN untuk bekerjasama
August 23, 2026· Politik
Amirudin jumpa Anwar esok, bincang kerjasama PH-BN di Melaka
August 22, 2026· Politik
PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin
August 18, 2026· Politik
Gobind mahu peruntukan Ahli Parlimen bebas diskriminasi
August 18, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PAS dan Tebuk Atap 2.0: UMNO masih tak berganjak pilih Kerajaan Perpaduan
2 jam lalu · Politik
Marzuki: Keahlian Bersatu masih sah dalam PN
2 jam lalu · Politik
PRN Melaka: Ab Rauf nafi jumpa Hadi hari ini
22 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Mahfuz bidas Hadi guna agama sebagai perisai melindungi rasuah
22 jam lalu · Politik
UMNO akan hantar wakil ke Muktamar PAS: Zahid
August 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok