PH-BN mungkin runding kerusi elak pertembungan di Melaka: Saifuddin

August 18, 2026 · Politik

Pakatan Harapan (PH) tidak menolak kemungkinan membuka rundingan dengan Barisan Nasional (BN) bagi menentukan bentuk kerjasama dan agihan kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka akan datang.

Ketua Setiausaha PH, Saifuddin Nasution Ismail, berkata perkara itu berkemungkinan dibincangkan selepas Ketua Menteri Melaka, Abd Rauf Yusoh, kembali ke tanah air esok.

Menurutnya, beliau dan Abd Rauf sudah lama berkawan serta sering berhubung dalam pelbagai perkara.

“Abd Rauf ini sahabat lama saya dan kami selalu berhubung. Beliau sekarang dalam lawatan rasmi ke New Zealand dan saya tahu tarikh beliau pulang ke tanah air.

“Oleh kerana PRN Melaka sudah hampir, kemungkinan kita akan bincang juga tajuk berkenaan. Kemungkinanlah, okay,” katanya dipetik laporan media selepas menghadiri Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman antara Jabatan Imigresen dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Beliau secara berseloroh turut menyebut hubungan rapat dengan Abd Rauf, termasuk kebiasaannya singgah menikmati asam pedas ketika berkunjung ke Melaka.

“Saya selalu berhubung dengan beliau dan berbincang pelbagai perkara. Setiap kali saya ke Melaka, saya akan singgah makan asam pedas Mak Leha di rumah beliau,” katanya.

Kenyataan itu membuka ruang kepada kemungkinan rundingan lebih serius antara PH dan BN menjelang PRN Melaka ke-16, terutama berkaitan pembahagian kerusi bagi mengelakkan pertembungan sesama parti dalam Kerajaan Madani.

Sebelum ini, Pengarah Komunikasi PH, Fahmi dilaporkan menyambut baik keterbukaan BN untuk berbincang mengenai agihan kerusi, termasuk kemungkinan pertukaran kerusi.

Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, pada 8 Ogos lalu turut menegaskan gabungan itu masih membuka ruang rundingan, asalkan proses berkenaan dilakukan secara jujur dan ikhlas serta tidak menjejaskan kepentingan parti masing-masing.

Beliau turut menetapkan prinsip asas rundingan, termasuk menghormati kerusi yang dimenangi mana-mana parti dan tidak menyerahkannya begitu sahaja kepada rakan politik.

PRN Melaka dijangka menjadi ujian penting kepada hubungan PH-BN selepas kedua-dua gabungan itu bekerjasama di peringkat Persekutuan sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Berita berkaitan
PAS tak perlu diuji, Sanusi bidas cadangan UMNO supaya lepaskan kerusi
5 jam lalu· Politik
UMNO kekal hingga tamat penggal, PKR sambut baik: Saifuddin Nasution
23 jam lalu· Politik
Syarat UMNO: Adakah PAS sanggup cerai Wawasan sama seperti Bersatu?
September 12, 2026· Politik
Keakraban Anwar dan Modi terserlah dalam pertemuan dua hala: Bernama
September 12, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zahid mahu jadi PM? Selesaikan dulu isu integriti – AMK
5 jam lalu · Politik
Jamil Khir didakwa tiga pertuduhan berkaitan kes aset TH
5 jam lalu · Politik
Puad: Zahid mahu PRU-16 dipercepat kerana mahu jadi PM
16 jam lalu · Politik
Parti dalam Kerajaan Perpaduan perlu hormati mandat diberi rakyat: Azman Abidin
23 jam lalu · Politik
Jangan jadi ‘imigresen’ syurga, Islam bukan milik PAS: Amanah Selangor
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok