BN tidak kompromi isu perkauman walau ada kerjasama politik: Zambry

3 jam lalu · Politik

Barisan Nasional (BN) menegaskan persefahaman politik yang terjalin menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan tidak mengubah pendirian parti itu yang kekal menolak politik berasaskan kaum serta sebarang naratif yang boleh memecahbelahkan rakyat.

Setiausaha Agung BN, Zambry Abdul Kadir berkata, kerjasama politik yang diwujudkan sepanjang kempen pilihan raya tidak bermaksud gabungan itu akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima pendekatan mana-mana pihak.

“Barisan Nasional ingin menegaskan persefahaman dan kerjasama politik yang diwujudkan dalam Pilihan Raya Negeri Sembilan tidak sekali-kali bermaksud BN akan menggadaikan prinsip perjuangannya atau menerima naratif politik mana-mana pihak. BN kekal berdiri atas prinsip sendiri,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau turut menegaskan BN tidak akan berkompromi dengan kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman atau mempertikaikan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia.

“BN menolak dan tidak akan berkompromi dengan sebarang kenyataan yang menghidupkan sentimen perkauman, mempersoalkan kedudukan mana-mana kaum sebagai sebahagian daripada warga Malaysia atau menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat.

“Selepas hampir tujuh dekad merdeka, politik yang memecah-belahkan rakyat mengikut asal usul kaum tidak mempunyai tempat dalam membina sebuah negara bangsa yang bersatu,” katanya.

Menurut Zambry, BN sebagai gabungan politik pelbagai kaum telah membuktikan selama lebih enam dekad negara mampu dibangunkan menerusi perkongsian kuasa, sikap saling menghormati dan pendekatan sederhana.

“Rekod inilah yang menjadi kekuatan BN dalam memelihara kestabilan, keharmonian dan kemajuan negara,” katanya lagi.

Kenyataan Zambry dilihat merujuk kepada ucapan kempen Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Jempol baru-baru ini yang menyentuh isu orang Melayu dan tanah air ketika berkempen bagi PRN Negeri Sembilan.

Ucapan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk daripada Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi yang menasihati Sanusi supaya lebih berhati-hati ketika berucap, terutama dalam suasana masyarakat majmuk di Negeri Sembilan.

Zahid turut mengingatkan pemimpin PAS itu supaya mengelakkan kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi sekiranya mahu membina persefahaman politik.

Berita berkaitan
Fahmi: Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
2 jam lalu· Politik
14 kertas siasatan dibuka sepanjang kempen PRN Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
Kempen masuk minggu kedua, Aminuddin fokus dekati pengundi seramai mungkin
3 jam lalu· Politik
Fahmi: Politik sepatutnya menyatupadukan rakyat, tindakan pemimpin PAS dikritik
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Aminuddin minta buktikan mana projek PH yang tertinggal
July 26, 2026 · Politik
Calon PH DUN Ampangan tumpu penyelenggaraan infrastruktur
1 jam lalu · Politik
Selepas BN enggan kongsi manifesto, PN tampil dengan tawaran sendiri
13 jam lalu · Politik
Aminuddin dakwa manifesto BN tiru tawaran PH, salin dan tukar sahaja
13 jam lalu · Politik
BN-PN tak tergesa-gesa bentuk gabungan, UMNO berhati-hati dengan PAS
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Politik kebencian dan sentimen perkauman tak selesaikan masalah rakyat
July 26, 2026
[VIDEO] Manifesto BN ketinggalan jauh, Aminuddin sifatkan tidak realistik
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok