Didakwa sering hilang di kawasan, calon BN Jeram Padang enggan berdebat dengan Manivannan

July 28, 2026 · Politik

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeram Padang, Mohd Zaidy Abdul Kadir menolak cabaran berdebat yang dikemukakan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), G. Manivannan, kerana enggan terlibat dalam perdebatan yang disifatkannya hanya bertujuan mencari kesalahan pihak lawan.

Penyandang kerusi Jeram Padang itu berkata, keutamaan seorang pemimpin ialah mengemukakan penyelesaian kepada masalah rakyat dan menawarkan perancangan masa depan, bukannya menjadikan pentas debat sebagai medan saling menyerang.

“Apa asasnya saya perlu berdebat dengan dia. Kalau datang hanya untuk mencari kesalahan orang lain, menghina dan mengutuk, itu bukan seorang pemimpin.

“Seorang pemimpin perlu bercakap tentang bagaimana hendak menyelesaikan masalah rakyat, apakah agenda yang mahu dibawa dan apakah masa depan yang dijanjikan jika diberikan mandat.

“Kalau dia desak, itu hak dia. Tetapi bagi saya, tidak ada keperluan pun. Dia desak, suruh saya masuk perangkap,” katanya.

Sebelum ini, Manivannan mencabar Mohd Zaidy berdebat secara terbuka di hadapan penduduk Jeram Padang bagi membolehkan pengundi menilai rekod perkhidmatan serta tawaran kedua-dua calon menjelang hari pengundian.

Dalam cabaran itu, calon PH berkenaan turut mendakwa Mohd Zaidy tidak aktif di kawasan Jeram Padang sepanjang tiga tahun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), selain mendakwa beberapa pencapaian kerajaan Persekutuan dijadikan seolah-olah kejayaan peribadinya.

Mengulas dakwaan tersebut, Mohd Zaidy menafikan mengabaikan kawasan sepanjang menjadi wakil rakyat dan menyerahkan penilaian kepada pengundi.

“Yang saya faham, dia dulu ditolak rakyat Kapar. Hari ini datang ke Jeram Padang nak buat cerita lain pula. Saya serah kepada rakyat. Rakyat yang menilai pada hari mengundi nanti, 1 Ogos ini,” katanya.

Kerusi DUN Jeram Padang pada Pilihan Raya Negeri kali ini menyaksikan pertandingan empat penjuru melibatkan Mohd Zaidy mewakili BN, Manivannan (PH), R. Sri Sanjeevan daripada Bersatu serta Dayana Dal yang mewakili Parti Orang Asli Malaysia (POAM).

Pada Pilihan Raya Negeri lalu, Mohd Zaidy berjaya mempertahankan kerusi Jeram Padang dengan majoriti 693 undi, sekali gus menjadikan persaingan kali ini antara kerusi yang dijangka menarik perhatian apabila kedua-dua blok utama politik negara berusaha meraih sokongan pengundi di kawasan berkenaan.

Berita berkaitan
Video ucapan tular, MCA diasak isu ‘Yahudi’ menjelang hari mengundi: Lapor Malaysiakini
2 jam lalu· Politik
PRN NS: Manifesto PH bukan sekadar janji, 30,000 pekerjaan ada asas kukuh
4 jam lalu· Politik
Yew nafi dakwaan beli undi di Chuah, lapor polis supaya siasatan dibuat
5 jam lalu· Politik
PRN NS: Kalau berani keluarlah, Manivanan cabar Zaidy
5 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi
2 jam lalu · Politik
MN: Bersatu cabar UMNO tarik sokongan Kerajaan Selangor
5 jam lalu · Politik
Kabinet setuju RCI Tabung Haji didedah, kerajaan teruskan siasatan
5 jam lalu · Politik
Perceraian kedua UMNO-PAS hanya soal masa? Wawasan sedang bina naratif Hamzah calon PM
18 jam lalu · Politik
Cadang Hamzah jadi PM: UMNO pasti lebih berhati-hati, tidak mahu ditelan buat kali kedua
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
11 jam lalu
[VIDEO] Rekod Tok Min sukar ditandingi, ‘hantu DAP’ jadi modal UMNO-PAS
July 28, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok