Kabinet setuju RCI Tabung Haji didedah, kerajaan teruskan siasatan

July 29, 2026 · Politik

Kerajaan memutuskan untuk mendedahkan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Tabung Haji (TH) yang meliputi tempoh 2014 hingga 2020, selain meneruskan siasatan oleh agensi penguatkuasaan terhadap sebarang pelanggaran undang-undang yang dikenal pasti.

Jurucakap Kerajaan, Fahmi Fadzil berkata Jemaah Menteri hari ini menerima taklimat daripada pengurusan tertinggi TH sebelum memperhalusi kandungan laporan berkenaan.

Menurutnya, Kabinet bersetuju supaya laporan itu dinyahklasifikasi dan didedahkan kepada orang ramai pada hari yang sama, selain akan dibentangkan serta dibahaskan dalam satu sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat.

“Jemaah Menteri bersetuju laporan ini dibuat pengelasan semula dan didedahkan hari ini. Laporan ini juga akan dibentangkan serta dibahaskan dalam sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Fahmi berkata, Kabinet turut mengambil maklum laporan RCI itu mengandungi 25 syor penambahbaikan, dengan pengurusan tertinggi TH telah melaksanakan 75 peratus daripada keseluruhan syor tersebut.

Beliau berkata, perkembangan itu menunjukkan usaha pembaharuan yang sedang dilaksanakan oleh TH berada pada landasan positif.

Pada masa sama, Jemaah Menteri turut mengambil maklum prestasi kewangan TH yang mengumumkan kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun kewangan 2025.

“Pengumuman kadar agihan keuntungan itu menunjukkan pengurusan TH kini berada dalam keadaan yang lebih baik,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Kabinet memutuskan siasatan penuh berdasarkan dapatan RCI akan diteruskan serta-merta oleh badan-badan penguatkuasaan.

Fahmi menegaskan mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang akan dihadapkan ke muka pengadilan.

“Siasatan penuh oleh badan-badan penguatkuasaan berdasarkan laporan ini akan diteruskan serta-merta dan pihak terbabit akan dibawa ke muka pengadilan sekiranya wujud sebarang pelanggaran undang-undang,” katanya.

RCI berhubung pengurusan Tabung Haji ditubuhkan bagi meneliti isu-isu berkaitan tadbir urus, pengurusan kewangan dan pentadbiran institusi itu sepanjang tempoh 2014 hingga 2020.

Pendedahan laporan tersebut dijangka memberi gambaran menyeluruh terhadap penemuan suruhanjaya serta menjadi asas kepada tindakan susulan kerajaan dalam memperkukuh integriti dan keyakinan pendeposit terhadap institusi berkenaan.

Berita berkaitan
RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi
2 jam lalu· Politik
Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat
5 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
5 jam lalu· Uncategorized
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Azeez Rahim sedia disiasat semula, susulan pendedahan laporan RCI Tabung Haji
7 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Pengkhianatan terbesar datang dari tangan sendiri
11 jam lalu · Politik
Darjah Kebesaran Rais Yatim ditarik balik serta-merta: Istana NS
12 jam lalu · Politik
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
14 jam lalu · Politik
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
2 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok