Kerajaan percepat sidang khas Parlimen bahas laporan RCI Tabung Haji: Fahmi

July 29, 2026 · Politik

Kerajaan bercadang mengadakan sidang khas Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi membahaskan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai Lembaga Tabung Haji (TH), susulan keputusan Jemaah Menteri menyahklasifikasikan dokumen itu untuk tatapan umum.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata Perdana Menteri telah mengarahkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said, mengadakan perbincangan dengan Yang Dipertua Dewan Rakyat bagi menetapkan tarikh sidang khas berkenaan.

Menurutnya, walaupun Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen hanya dijadual bermula awal Oktober, kerajaan mahu isu itu dibincangkan lebih awal memandangkan kepentingannya kepada negara.

“Perdana Menteri berharap sidang khas ini dapat diadakan dalam masa yang tidak terlalu lama kerana perkara ini sangat penting dan perlu diteliti serta dibahaskan oleh Ahli Parlimen,” katanya lapor media.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Jemaah Menteri yang bersetuju menyahklasifikasikan laporan RCI TH yang sebelum ini diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA).

Fahmi berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri turut menerima taklimat daripada Pengerusi TH yang juga anggota RCI, Abdul Rashid Hussain, berhubung dapatan siasatan dan perkembangan pelaksanaan syor yang dikemukakan suruhanjaya itu.

Katanya, Abdul Rashid menjelaskan pendedahan laporan itu mengambil sedikit masa kerana pengurusan TH memberi keutamaan kepada usaha memulihkan kedudukan kewangan institusi berkenaan serta melaksanakan cadangan penambahbaikan yang disyorkan.

“Beliau memaklumkan sebab laporan ini hanya didedahkan selepas beberapa tahun kerana pihak pengurusan perlu memberi tumpuan kepada usaha pemulihan. Daripada 25 syor yang dikemukakan RCI, sebanyak 75 peratus telah berjaya dilaksanakan oleh pengurusan sedia ada.

“Usaha pemulihan itu juga dapat dilihat menerusi pengumuman kadar agihan keuntungan sebanyak 3.5 peratus bagi tahun lalu,” katanya.

Beliau turut memaklumkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selaku urus setia RCI akan menerbitkan laporan penuh itu kepada umum susulan keputusan penyahklasifikasian yang dipersetujui kerajaan.

Terdahulu, Jemaah Menteri mengumumkan laporan RCI TH yang sebelum ini diklasifikasikan di bawah OSA kini dibuka kepada umum, selain siasatan lanjut akan diteruskan terhadap mana-mana perkara yang memerlukan tindakan penguatkuasaan.

Berita berkaitan
RCI TH didedah ikut proses, tunggu persetujuan Kabinet nyahklasifikasi: Fahmi
1 jam lalu· Politik
Laporan RCI Tabung Haji tamparan buat umat Islam, buka mata rakyat
4 jam lalu· Isu semasa
RCI Tabung Haji bukti politik perlu berasaskan fakta
4 jam lalu· Uncategorized
Anwar mahu episod kerugian Tabung Haji tidak berulang
5 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Azeez Rahim sedia disiasat semula, susulan pendedahan laporan RCI Tabung Haji
6 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji: Pengkhianatan terbesar datang dari tangan sendiri
10 jam lalu · Politik
Darjah Kebesaran Rais Yatim ditarik balik serta-merta: Istana NS
11 jam lalu · Politik
PRN Negeri Sembilan: Politik idea atau politik perkauman, siapa sebenarnya menang?
14 jam lalu · Politik
Anwar: Tiada siapa kebal, laporan RCI TH didedah supaya salah laku disiasat
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
Altimet gesa tumpuan diberi kepada nasib pendeposit Tabung Haji
2 jam lalu
[VIDEO] Jangan tertipu ‘cium mulut’ BN dan PAS, jangan beri satu undi pun kepada UMNO
July 29, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok