Peja: Bersatu tak mampu bergerak solo di Melaka

August 26, 2026 · Politik

Parti Bersatu mengakui parti itu memerlukan gabungan politik bagi menghadapi pilihan raya, khususnya Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, selepas kekuatan di peringkat bahagian dilihat belum mencukupi untuk bergerak sendirian.

Naib Presidennya, Ahmad Faizal Azumu berkata, parti itu perlu memperkukuhkan kedudukannya menjelang PRN berkenaan, termasuk menilai kekuatan di setiap kawasan.

“Secara umum, kita perlu ada gabungan. Tanpa gabungan, memang susahlah kita hendak bergerak sendirian.

“Kerana kekuatan bahagian-bahagian di Melaka itu sendiri belum cukup untuk kami bergerak sendiri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal tidak menjelaskan sama ada gabungan yang dimaksudkan itu akan terus bersama Perikatan Nasional (PN) atau membabitkan kerjasama dengan pihak lain.

Dalam masa sama, beliau memberi gambaran hubungan Bersatu dengan PN ketika ini tidak begitu kukuh.

“Rasanya, PN semakin melupakan kami. Kami ini orang baik, kami tidak lupakan orang,” katanya.

Kenyataan itu hadir ketika kedudukan Bersatu dalam PN terus menjadi perhatian menjelang pilihan raya, khususnya selepas timbul pelbagai perbezaan pandangan mengenai hala tuju gabungan berkenaan.

Melaka mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), dengan PRN sebelum ini menyaksikan Barisan Nasional (BN) membentuk kerajaan selepas memenangi 21 kerusi, manakala Pakatan Harapan (PH) memperoleh lima kerusi dan PN dua kerusi.

Mengenai penggunaan lambang bunga raya Bersatu pada PRN akan datang, Ahmad Faizal berkata perkara itu masih belum diputuskan oleh kepimpinan parti.

“Belum ada keputusan daripada pimpinan parti. Kita akan tetapkan nanti.

“Buat masa ini, kami masih menilai kekuatan di semua kawasan dan saya sendiri telah turun membuat audit atau naziran ke semua bahagian di seluruh negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata penilaian itu penting bagi menentukan strategi terbaik Bersatu sebelum keputusan mengenai bentuk kerjasama dan penggunaan logo dibuat.

Berita berkaitan
Dua ADUN Bersatu sokong Wan Rosdy hingga PRN-16, parti beri restu
2 jam lalu· Politik
Bersatu Melaka terbuka kerjasama dengan PH hadapi PRN
19 jam lalu· Politik
PRN Melaka: Amirudin diberi amanah teliti kerjasama PH-BN
21 jam lalu· Politik
Ashwad, Ziana Zain terima gelaran Datuk Melaka
August 24, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Dedah semua, jangan pilih-pilih laporan RCI TH demi kepentingan politik: AMK
August 26, 2026 · Politik
Jangan ulang RCI hanya kerana tak suka keputusan: Mahfuz
1 jam lalu · Politik
RCI Tabung Haji ditubuh ketika UMNO berkuasa, kenapa dipersoal sekarang? – Mahfuz
19 jam lalu · Politik
Mahu jawatan PM, UMNO perlu bersama dengan PN: PAS Selangor
August 24, 2026 · Politik
Akmal sahkan Pemuda UMNO akan hadir Muktamar Pemuda PAS
August 24, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok