Amanah Johor bidas Sanusi amal politik maki hamun, persoal PAS berdiam diri

4 jam lalu · Politik

Amanah Johor mempersoalkan pendirian PAS yang didakwa tidak mengambil tindakan atau memberikan teguran tegas terhadap kenyataan kontroversi Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan berkata, jika PAS mahu dilihat sebagai parti yang membawa nilai dan prinsip Islam, pemimpin parti itu juga perlu ditegur apabila pertuturan mereka melampaui batas.

Menurutnya, budaya mencaci, memaki dan mencetuskan kontroversi bukan ukuran keberanian seorang pemimpin.

“Keberanian sebenar ialah mampu berbeza pandangan dengan hujah, fakta dan adab, tanpa menghasut kebencian dalam kalangan rakyat.

“Justeru, Amanah Johor menyeru seluruh pemimpin politik supaya mengembalikan politik negara kepada budaya yang lebih matang dan berakhlak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Aminolhuda yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor berkata, rakyat tidak memerlukan pemimpin yang berlumba-lumba mengeluarkan kata-kata kesat, sebaliknya mahukan kepimpinan yang mampu menyatukan masyarakat serta menyelesaikan masalah mereka.

Katanya, kritikan terhadap kerajaan boleh disampaikan dengan tegas, namun batas adab, kesopanan dan penghormatan terhadap sesama manusia tidak seharusnya diketepikan atas alasan perbezaan politik.

Beliau turut melahirkan kekecewaan terhadap kenyataan Sanusi yang didakwa menggunakan bahasa kesat dan makian terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

“Perbezaan politik tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghalalkan bahasa yang keterlaluan.

“Amanah Johor berpandangan tindakan sedemikian langsung tidak mencerminkan akhlak dan adab yang sewajarnya dimiliki seorang pemimpin, lebih-lebih lagi apabila beliau daripada sebuah parti yang membawa identiti Islam,” katanya.

Dalam isu sama, Aminolhuda turut menyangkal dakwaan Sanusi yang mengaitkan Kerajaan Madani dengan isu perjudian.

“Amanah Johor juga menyangkal dakwaan Muhammad Sanusi yang menuding seolah-olah Kerajaan Madani di bawah pentadbiran Anwar yang memulakan judi, sedangkan lesen judi sudah wujud sejak zaman Malaysia merdeka. Kenapa PMX yang dipersalahkan?” soalnya.

Kontroversi itu tercetus susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 12 Ogos lalu yang menolak permohonan kerajaan Kedah untuk mendapatkan kebenaran merayu keputusan berkaitan tindakan negeri menghentikan pengeluaran dan pembaharuan lesen perniagaan bagi pengendali pertaruhan nombor ramalan.

Mahkamah turut memerintahkan kerajaan negeri membayar kos RM50,000 selepas panel tiga hakim memutuskan Kedah gagal memenuhi ambang diperlukan bagi mendapatkan kebenaran merayu.

Sanusi selepas itu didakwa menyalahkan Perdana Menteri berhubung keputusan mahkamah berkaitan lesen premis perjudian di negeri berkenaan.

Berita berkaitan
Bersatu masih komponen PN, tapi hubungan politik terhenti secara teknikal: Takiyuddin
4 jam lalu· Politik
‘Maki saya pasal apa?’ Anwar nafi sokong judi, malah sudah dikurangkan
August 29, 2026· Politik
Mahfuz gesa Mufti Kedah beri panduan isu ‘doa pecah perut’ dibuat Sanusi
August 28, 2026· Politik
Pintu damai PAS-Bersatu sudah tertutup: Hadi
August 28, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
BN tunggu DUN Melaka bubar sebelum runding kerjasama: Zahid
4 jam lalu · Politik
PH tunggu keputusan UMNO-BN, Amiruddin sudah hubungi Rauf bincang kerjasama
23 jam lalu · Politik
Siasatan Tabung Haji diteruskan, PMX mahu elak kerugian berulang
23 jam lalu · Politik
Ketirisan disekat, wang rakyat akan dipulangkan: Anwar
August 29, 2026 · Politik
UMNO negeri dibenarkan teroka kerjasama dengan parti lain, tapi bersyarat: Asyraf
August 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok