MCMC: Tambahan peruntukan akan lonjak pendigitalan kesihatan awam

23 jam lalu · Isu semasa

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menyambut baik pengumuman tambahan peruntukan RM350 juta bagi mempercepat pendigitalan kesihatan awam, dengan peruntukan keseluruhan kini mencecah RM1 bilion.

“Langkah ini penting dalam merealisasikan aspirasi ‘Satu Individu, Satu Rekod’, sekali gus membolehkan maklumat kesihatan pesakit diakses dengan lebih cekap dan terselaras merentas fasiliti kesihatan awam,” menurut kenyataan MCMC hari ini.

Menurut MCMC, tambahan peruntukan itu akan memperkukuh pelaksanaan Pemacu Ekosistem dan Ketersambungan Kesihatan Digital Negara (PERSADA), selain melengkapi usaha pendigitalan yang sedang dirancang di klinik kesihatan dan hospital awam.

Peruntukan itu turut meliputi peluasan ketersambungan Internet serta pelaksanaan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR), selaras usaha kerajaan meningkatkan kecekapan penyampaian perkhidmatan kesihatan awam.

MCMC berkata kerjasama rentas kementerian dijangka mempercepat usaha pendigitalan sektor berkenaan daripada sasaran asal 2045 kepada tahun hadapan.

Pendigitalan perkhidmatan kesihatan juga dijangka memudahkan urusan rawatan, mengurangkan masa menunggu serta kos tidak langsung, khususnya bagi golongan B40 dan M40.

Inisiatif itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 300,000 pesakit setiap hari yang mendapatkan perkhidmatan di klinik kesihatan dan hospital awam.

Pengumuman berkenaan dibuat Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), hari ini.

Menerusi inisiatif itu, sistem EMR akan diperluas manakala ketersambungan Internet ditambah baik di 150 hospital dan lebih 2,000 klinik kesihatan awam di seluruh negara.

MCMC berkata pihaknya akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan pemain industri bagi membangunkan ekosistem kesihatan awam digital yang kukuh, saling berhubung serta bersedia untuk keperluan masa hadapan.

“MCMC akan terus bekerjasama rapat dengan KKM serta pemain industri bagi membangunkan ekosistem kesihatan awam digital yang kukuh, saling berhubung dan bersedia untuk masa hadapan, demi perkhidmatan kesihatan yang lebih baik dan mudah diakses oleh rakyat,” menurut kenyataan itu.

Peruntukan RM1 bilion itu dinaikkan daripada cadangan awal RM650 juta, dengan tambahan RM350 juta disediakan kerajaan bagi mempercepat pelaksanaan agenda pendigitalan kesihatan awam.

Berita berkaitan
Anwar, Zahid santuni rakyat semasa sambutan Hari Kebangsaan
9 jam lalu· Isu semasa
PMKS berpendapatan bawah RM3 juta kini tak wajib e-Invois
22 jam lalu· Isu semasa
Pertumbuhan 6 peratus suntik keyakinan baharu ekonomi negara: Anwar
August 30, 2026· Isu semasa
RM1 bilion pacu pendigitalan kesihatan awam: Fahmi
August 30, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Agong, Raja Permaisuri ucap Selamat Hari Kebangsaan ke-69
10 jam lalu · Isu semasa
36 rakyat Malaysia masih tidak dapat dihubungi di China, 55 di Nepal: Wisma Putra
22 jam lalu · Isu semasa
Kuota BUDI95 kembali 300 liter mulai 1 September
August 30, 2026 · Isu semasa
Agong harap Sambutan Hari Kebangsaan esok berjalan lancar
August 30, 2026 · Isu semasa
Tudung Jalur Gemilang tak lengkap, polis buka siasatan
August 30, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] AUKU wajib dimansuhkan, PMX sifatkan hubungan dengan Zahid masih baik
August 16, 2026
[VIDEO] Dakwaan aset TH dijual kepada bukan Islam satu fitnah jahat, bidas menteri
August 11, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok