Cetakan MyKad terganggu hingga 7 September

September 1, 2026 · Isu semasa

Urusan cetakan MyKad di seluruh negara dijangka mengalami gangguan sementara mulai hari ini hingga 7 September susulan proses peralihan kepada struktur MyKad Generasi Baharu.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan gangguan itu berlaku ketika proses peralihan daripada struktur MyKad sedia ada kepada sistem kad pengenalan generasi baharu sedang dilaksanakan.

Sehubungan itu, JPN menasihatkan orang ramai yang tidak mempunyai keperluan mendesak untuk membuat penukaran atau gantian MyKad supaya menangguhkan urusan berkenaan sepanjang tempoh gangguan.

“Bagi permohonan MyKad kali pertama untuk kanak-kanak berusia 12 tahun, ibu bapa atau penjaga juga digalakkan untuk menunggu seketika bagi membolehkan anak menerima MyKad Generasi Baharu apabila pengeluarannya bermula dalam masa terdekat,” menurut JPN dalam kenyataan hari ini.

JPN turut memohon orang ramai memberikan kerjasama sepanjang tempoh peralihan itu bagi memastikan proses pengenalan MyKad Generasi Baharu dapat dilaksanakan dengan lancar.

Jabatan itu pada masa sama memohon maaf atas sebarang kesulitan yang mungkin timbul akibat gangguan sementara berkenaan.

MyKad Generasi Baharu dijangka mula dikeluarkan dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha JPN melakukan penambahbaikan terhadap struktur kad pengenalan negara.

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan perkembangan terkini berkaitan tarikh pengeluaran dan urusan MyKad Generasi Baharu menerusi saluran rasmi JPN.

Berita berkaitan
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
October 24, 2026· Isu semasa
Isu video lama tular, JPN jelaskan kahwin sivil bukan ritual agama
October 18, 2026· Isu semasa
Kahwin orang Melayu tak automatik jadi bumiputera: Saifuddin
October 13, 2026· Isu semasa
RM5.2 bilion transaksi SARA direkod setakat September, 8.4 juta penerima
October 8, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Fahmi agih baucar Deepavali di Lembah Pantai, bantu ringankan beban penduduk
6 jam lalu · Isu semasa
PTPTN perinci penangguhan bayaran balik, umum tidak lama lagi
12 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ahli politik dilarang campur tangan pelaburan GLIC
15 jam lalu · Isu semasa
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
October 26, 2026 · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
October 26, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok