Johari Abdul Ghani.
Rundingan pembahagian kerusi antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi PRU16 wajar diserahkan kepada pemimpin tertinggi kedua-dua gabungan bagi mengelak perkara itu menjadi lebih rumit.
Naib Presiden UMNO, Johari Abdul Ghani berkata, setiap parti sememangnya mahu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU15, namun perkara itu tidak sepatutnya menghalang usaha BN dan PN mencari persefahaman.
“PAS nak mempertahankan (kerusi), UMNO pun nak mempertahankan kerusi-kerusi yang dia menang. Semua parti politik macam itu.
“Tapi kalau mereka nak bergabung, biar dua-dua presiden bincanglah. Kalau saya masuk campur, ini jadi susah,” katanya selepas merasmikan Chinatown 1974 di Petaling Street, hari ini.
Menurut Johari, perbincangan mengenai pembahagian kerusi juga masih terlalu awal untuk diputuskan secara tergesa-gesa kerana PRU16 masih belum hampir.
“Jangan merumitkan keadaan, perlahan-lahan. Lambat lagi pilihan raya,” katanya.
Kenyataan itu hadir ketika isu pembahagian kerusi antara BN dan PN mula mendapat perhatian susulan pendirian PAS untuk mempertahankan kerusi yang dimenanginya pada PRU15.
Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ketika menyampaikan ucapan dasar presiden pada Muktamar PAS Pusat ke-72 di Kota Bharu, semalam, memaklumkan parti itu akan mempertahankan semua kerusi DUN dan Parlimen yang dimenanginya dalam PRU15.
Beliau turut menegaskan Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis yang membentuk SG4 sebagai ‘negeri pangkalan’ PAS perlu terus dipertahankan serta diperkukuh pentadbirannya, termasuk pelaksanaan agenda Islam mengikut bidang kuasa negeri.
PAS juga menyasarkan tambahan kekuatan di Pahang, Perak dan Selangor bagi memperkukuh kedudukan parti itu serta PN di Parlimen pada pilihan raya akan datang.
Perkembangan itu menjadikan soal pembahagian kerusi antara parti yang mahu bekerjasama dalam menghadapi PRU16 sebagai antara perkara penting yang perlu dirunding secara teliti sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.
Krisis takhta NS, Syahredzan nasihat jangan cabar institusi Raja sesuka hati
Ab Rauf titip tiga pesan sebelum DUN Melaka dibubar
PUTRA lapor polis, dakwa Exco Negeri Sembilan ganggu institusi Raja
Amanah mahu MB Negeri Sembilan bubar DUN
Tahanan rumah Najib: Mahfuz persoal asas undang-undang pengampunan
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum