MCA Selangor desak kerajaan iktiraf UEC sepenuhnya

September 16, 2026 · Politik

MCA Selangor menggesa kerajaan mengiktiraf sepenuhnya Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) bagi kemasukan ke universiti awam dan laluan ke perkhidmatan awam.

Gesaan itu terkandung dalam resolusi yang diluluskan pada Konvensyen MCA Selangor, dengan parti itu meminta Putrajaya menunaikan janji pilihan raya menerusi mekanisme pengiktirafan UEC yang adil, telus dan seragam.

MCA Selangor turut mahu sistem kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk laluan STPM, matrikulasi, asasi dan sistem permohonan UPU, dikaji semula supaya pemilihan lebih berasaskan pencapaian akademik dan merit.

“Kerajaan perlu memastikan semua pelajar yang layak diberi peluang sama rata serta mendedahkan data kemasukan, peruntukan kuota dan kriteria pemilihan secara terbuka bagi semua laluan pendidikan tinggi,” menurut resolusi itu.

Pada Mei lalu, kerajaan memutuskan lepasan UEC boleh melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi awam. Bagaimanapun, kemasukan ketika ini tertumpu kepada beberapa program berkaitan bahasa dan pengajian Cina.

Antaranya Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Cina dengan Kepujian, Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik Cina, Sarjana Muda Sastera Pengajian Cina serta Ijazah Sarjana Muda Bahasa Cina dengan Pendidikan.

Ketua MCA Selangor Lawrence Low berkata kira-kira 630 ahli menghadiri konvensyen negeri itu yang turut membincangkan isu politik, pendidikan, kebudayaan dan ekonomi.

Selain isu pendidikan, MCA Selangor turut meminta kerajaan negeri mengkaji semula garis panduan berkaitan rumah ibadat bukan Islam susulan aduan mengenai perobohan tempat ibadat dan masalah parkir.

Lawrence berkata satu jawatankuasa khas diketuai Ketua Pemuda MCA Petaling Jaya Andy Teoh akan meneliti aspek perundangan serta aduan berkaitan garis panduan itu.

Dalam isu industri penternakan pula, MCA Selangor menggesa kerajaan negeri mengadakan rundingan dengan penternak babi dan pengusaha industri susulan larangan penternakan babi di seluruh Selangor yang dilaksanakan secara berperingkat.

“Kerajaan harus membantu pengusaha industri beralih secara teratur ke sektor penternakan lain yang bersesuaian,” katanya.

MCA Selangor turut mencadangkan GST dikembalikan bagi menggantikan SST dan sistem e-invois, selain penubuhan jawatankuasa khas ekonomi rentas sektor bagi menyelaras tindak balas terhadap risiko ekonomi global dan kejutan luaran.

Berita berkaitan
86 laporan, polis selesai siasatan ucapan Noorazli semasa Perhimpunan UMNO
September 17, 2026· Politik
Jangan guna kerjasama kerajaan untuk tutup isu integriti: AMK Selangor
September 15, 2026· Politik
Jerebu makin teruk, KPM benarkan anak tak ke sekolah
September 7, 2026· Isu semasa
PRU-16 awal: AMK dakwa UMNO mahu beri laluan PAS jadi PM
September 7, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: PH sedia jalan sendiri jika BN tak berminat kerjasama
2 jam lalu · Politik
Tuanku Muhriz batal pelantikan semua Exco Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Sheikh Umar: Sepatutnya Zahid patut letak jawatan, bukan Loke
14 jam lalu · Politik
PKR Kedah tolak gesaan supaya bubar Parlimen awal
15 jam lalu · Politik
G25 mahu rakyat tahu nasihat AG mengenai tahanan rumah Najib
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok