Belanjawan 2027: Kerajaan akan tambah bantuan untuk usahawan kecil

September 26, 2026 · Isu semasa

Kerajaan akan menambah peruntukan bagi membantu golongan usahawan kecil menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada Oktober depan.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata, langkah itu penting bagi memastikan usahawan mikro yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan turut menikmati manfaat daripada pertumbuhan ekonomi negara.

“Dalam belanjawan kita bulan depan, Insya-Allah, saya nak tambah peruntukan untuk usahawan kecil macam ini,” katanya ketika merasmikan Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah di Dewan Kompleks Persekutuan Muadzam Shah, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan semalam.

Majlis itu dihadiri kira-kira 1,500 usahawan dan penjaja kecil dari seluruh Kedah.

Menurut Anwar, pendekatan kerajaan dalam membantu golongan berpendapatan rendah tidak semestinya bergantung kepada projek berskala besar, sebaliknya bantuan kecil yang disalurkan secara terus mampu memberi kesan besar kepada penerima.

Katanya, bantuan kepada usahawan mikro perlu disampaikan dengan lebih mudah tanpa melalui proses birokrasi yang berlebihan.

Beliau memberi contoh bantuan yang diperlukan usahawan kecil termasuk mesin jahit, peti sejuk, peralatan membuat kuih serta kelengkapan lain mengikut jenis perniagaan yang dijalankan.

“Alat dia bukan puluh-puluh ribu, nak RM1,000, RM600, tapi kena bagi kepada dia langsung.

“Tak payahlah agensi-agensi, jabatan-jabatan banyak-banyak sangat. Yang penting bagaimana nak cari jalan dengan bantuan kecil, tetapi sampai langsung ke tangan,” katanya.

Anwar berkata, pendekatan sama diterapkan menerusi Skim Usahawan Bangkit Kedah yang dilaksanakan dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan kerajaan negeri.

Skim berkenaan menjadi antara pendekatan kerajaan untuk membantu usahawan mikro mendapatkan keperluan asas bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Anwar turut memuji pelaksanaan skim berkenaan di Kedah dan berharap kejayaan itu dapat dijadikan contoh kepada negeri lain.

“Tahniah Kedah kerana jadi nombor satu Skim Usahawan Bangkit di peringkat negeri yang kita selaraskan dengan baik.

“Mudah-mudahan kejayaan ini menjadi contoh apabila saya ke negeri-negeri lain,” katanya.

Belanjawan 2027 dijangka menjadi antara tumpuan utama kerajaan dalam usaha memperkukuh pertumbuhan ekonomi serta memastikan manfaat pembangunan dapat dirasai pelbagai lapisan masyarakat, termasuk golongan usahawan mikro dan penjaja kecil.

Berita berkaitan
Ekonomi Malaysia kukuh, ringgit dijangka cecah RM3.97: Hong Leong Bank
8 jam lalu· Isu semasa
Zahid nafi belanja KKDW terlebih RM2.1 bilion
8 jam lalu· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
October 24, 2026· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
October 24, 2026· Politik
Lagi Isu semasa terkini
MCA tak puas hati: BN wajar pertimbang pilihan solo, elak terikat rundingan kerusi
8 jam lalu · Isu semasa
KPKT batalkan 28,401 lesen, warga asing berniaga haram diburu
8 jam lalu · Isu semasa
Tok Mat persoal keberkesanan UNHCR urus pelarian Rohingya
8 jam lalu · Isu semasa
Tanah LTAT RM420 juta dijual kepada AS melalui tender: Khaled Nordin
8 jam lalu · Isu semasa
Pengguna Waze dedah paparan data yang disimpan, cetus persoalan privasi
October 25, 2026 · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok