PRN Melaka: PAS tak gentar bertanding solo jika gagal rundingan dengan BN

September 27, 2026 · Politik

PAS bersedia bertanding secara solo pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sekiranya rundingan kerjasama politik dengan mana-mana pihak, termasuk Barisan Nasional (BN), gagal mencapai persetujuan.

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata parti itu bersama rakan komponennya sudah membuat persiapan bagi menghadapi pelbagai kemungkinan menjelang PRN Melaka, termasuk bertanding tanpa kerjasama dengan gabungan lain.

Menurutnya, PAS menghormati hak BN untuk mengadakan rundingan dengan mana-mana parti bagi menentukan bentuk kerjasama pada pilihan raya negeri berkenaan.

“Bagi kami, itu hak BN untuk mengadakan perundingan dengan mana-mana pihak. PAS bersedia sama ada kerjasama atau sebaliknya.

“Apa yang penting, jentera parti dan rakan komponen telah bersedia menghadapi pelbagai kemungkinan dan kita perlu berdiri di atas kekuatan sendiri,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Tuan Ibrahim berkata, persiapan jentera PAS bagi menghadapi PRN Melaka juga sudah dimulakan lebih awal, malah sebelum parti itu menghadapi PRN Negeri Sembilan.

“Bahkan, kami yakin rakyat akan terus bersama PAS dan rakan komponen dalam menghadapi PRN Melaka,” katanya.

Perkembangan itu berlaku ketika rundingan antara parti-parti politik bagi menghadapi PRN Melaka semakin mendapat perhatian, khususnya melibatkan BN, Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN).

Sebelum ini, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan BN akan mengadakan rundingan dengan dua pihak secara berasingan bagi membincangkan kerjasama menghadapi PRN Melaka.

Pertemuan itu dijadualkan pada tarikh dan waktu berbeza serta akan diwakili Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh dan Setiausaha Agung UMNO, Asyraf Wajdi Dusuki.

Bagaimanapun, identiti dua pihak yang bakal ditemui BN tidak didedahkan, sekali gus mencetuskan spekulasi mengenai hala tuju kerjasama politik menjelang PRN Melaka.

Berita berkaitan
UMNO tak paksa PH, pintu kerjasama masih terbuka: Asyraf Wajdi
12 jam lalu· Politik
Tak cukup kuat bergerak solo, Bersatu perlu cari rakan di Melaka: Faizal Azumu
16 jam lalu· Politik
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
September 29, 2026· Politik
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
September 29, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH belum muktamadkan bentuk kerjasama PRN Melaka: Fahmi
1 jam lalu · Politik
Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan perlu segera diselesaikan: Aminuddin
11 jam lalu · Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
September 29, 2026 · Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
September 29, 2026 · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
September 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok