AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM

13 jam lalu · Politik

Angkatan Muda Keadilan (AMK) mencabar PAS menamakan Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi sebagai calon Perdana Menteri jika gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) benar-benar mahu bekerjasama menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16).

Pengarah Strategi AMK, Mohd Shafiq Iqram Abdullah berkata, kerjasama antara BN dan PN perlu disertai penjelasan jelas mengenai bentuk kerajaan yang mahu dibentuk serta individu yang bakal menerajui pentadbiran selepas pilihan raya.

Menurutnya, nama Ahmad Zahid kini disebut sebagai antara kemungkinan calon Perdana Menteri, sedangkan PAS sebelum ini turut memberi gambaran memiliki calon sendiri untuk jawatan berkenaan.

“Jadi saya nak tanya secara terus kepada PAS. Kalau BN-PN membentuk kerajaan selepas PRU-16, adakah PAS bersedia menerima Ahmad Zahid sebagai Perdana Menteri?

“Kalau tidak, siapa calon yang PAS mahu? Dan kalau BN pula mempunyai calon yang berbeza, bagaimana keputusan itu akan dibuat?” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu susulan pandangan Pensyarah Kanan Sains Politik, Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Pahang, Kampus Raub, Muhammad Ariff Asyrul Adnan sebelum ini yang berpandangan PAS perlu bersedia menerima kemungkinan Ahmad Zahid menjadi Perdana Menteri selepas PRU-16.

Beliau turut menyifatkan penerimaan Ahmad Zahid oleh PAS, sekiranya BN dan PN bekerjasama, bukan sekadar soal menerima seorang pemimpin UMNO tetapi sebahagian daripada persetujuan politik antara parti yang terbabit.

Sebelum ini, bekas pemimpin DAP, Ong Kian Ming turut membuat jangkaan Ahmad Zahid berpotensi menjadi Perdana Menteri sekiranya BN dan PN membentuk pakatan serta memenangi PRU-16.

Mohd Shafiq berkata, persoalan siapa yang bakal menjadi Perdana Menteri akhirnya berkait dengan mandat rakyat dan perlu dijelaskan sebelum pengundian berlangsung.

“Kalau BN-PN mahu membentuk sebuah kerajaan bersama, mereka perlu menjelaskan perkara asas ini kepada rakyat.

“Siapa calon Perdana Menteri mereka?

“Bagi saya, soalan ini wajar dijawab secara terbuka sebelum PRU16, bukan selepas keputusan pilihan raya diketahui,” katanya.

Berita berkaitan
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
10 jam lalu· Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
10 jam lalu· Politik
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
13 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan perlu berfungsi seperti biasa: Jalaluddin
September 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
8 jam lalu · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
13 jam lalu · Politik
Pemimpin PH-Bersatu bertemu, rundingan PRN Melaka?
13 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: 10 bekas Exco terima arahan pulangkan kenderaan rasmi
September 28, 2026 · Politik
Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah
September 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok