Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah

10 jam lalu · Politik

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mengesahkan sudah menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan kepada Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Loke berkata, surat itu diserahkan ketika beliau bertemu Anwar semalam, namun Perdana Menteri memintanya untuk terus menjalankan tugas buat sementara waktu sehingga keputusan muktamad dibuat.

“Perdana Menteri akan membuat keputusan, tetapi saya juga berkata (kepada Anwar) perlu ada garis masa,” katanya selepas merasmikan Minggu Maritim Malaysia 2026, hari ini.

Menurut Loke, peletakan jawatannya akan berkuat kuasa pada masa yang ditetapkan berkait perkembangan kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.

“Apabila Najib dibebaskan dan pulang ke rumah. Pada hari dia pulang ke rumah, peletakan jawatan saya akan berkuat kuasa,” katanya.

Keputusan Loke itu menyusuli perkembangan berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan terhadap Najib, termasuk syarat baki hukuman penjara dijalani di bawah tahanan rumah.

Sebelum ini, Loke dilaporkan mengambil pendirian untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan susulan keputusan berkaitan Najib.

Perkembangan itu turut mendapat perhatian dalam DAP dan Pakatan Harapan (PH), terutama berkaitan pendirian parti serta kestabilan Kerajaan MADANI.

Loke merupakan antara pemimpin utama DAP yang memegang jawatan dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga memegang jawatan Setiausaha Agung DAP dan menjadi antara tokoh penting parti dalam urusan kerajaan serta hubungan antara komponen PH dan Barisan Nasional (BN).

Berita berkaitan
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
10 jam lalu· Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
13 jam lalu· Politik
Bekas CEO Felda Investment didakwa tipu nilai 24 tanah Felda
13 jam lalu· Isu semasa
Kerajaan Negeri Sembilan perlu berfungsi seperti biasa: Jalaluddin
September 27, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
8 jam lalu · Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
13 jam lalu · Politik
Pemimpin PH-Bersatu bertemu, rundingan PRN Melaka?
13 jam lalu · Politik
Krisis Negeri Sembilan: 10 bekas Exco terima arahan pulangkan kenderaan rasmi
September 28, 2026 · Politik
Anwar, Wan Azizah beri penghormatan terakhir kepada Siti Hasmah
September 28, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok