Tak cukup kuat bergerak solo, Bersatu perlu cari rakan di Melaka: Faizal Azumu

20 jam lalu · Politik

Parti Bersatu mengakui parti itu tidak boleh bergerak sendirian menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan perlu mencari kerjasama dengan parti politik lain.

Naib Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu berkata, pengalaman parti itu bertanding secara solo pada PRN Negeri Sembilan sebelum ini perlu dijadikan pengajaran bagi menghadapi pilihan raya di Melaka.

Menurutnya, Bersatu kini terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti bagi mencari bentuk kerjasama yang sesuai, termasuk dalam soal strategi menghadapi PRN.

“Bersatu memang sedar untuk pergi solo akan kembali mendatangkan keputusan sama di Negeri Sembilan. Itu kita akui, tetapi kita masih terbuka dari segi perbincangan untuk mendapatkan kerjasama dengan mana-mana pihak,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Kenyataan itu hadir ketika rundingan antara parti-parti politik mula mendapat perhatian menjelang PRN Melaka, terutama selepas Bersatu mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin kanan Pakatan Harapan (PH) Melaka dalam satu majlis makan malam tertutup baru-baru ini.

Pertemuan yang berlangsung di sebuah hotel di Jalan Hang Tuah itu turut dihadiri beberapa pemimpin Bersatu dan pimpinan parti di peringkat negeri.

Bagaimanapun, Ahmad Faizal menjelaskan pertemuan berkenaan belum menghasilkan sebarang keputusan muktamad, termasuk berkaitan bentuk kerjasama atau pembahagian kerusi.

Katanya, perbincangan itu lebih kepada menilai keserasian dari segi aspirasi dan hala tuju politik sebelum sebarang keputusan dibuat.

“Ini untuk menilai sama ada boleh dapatkan kecenderungan ke arah perkara yang sama, namun akhir perjumpaan tidak ada kata putus dapat dibuat,” katanya.

Beliau berkata, rundingan masih berada pada peringkat awal dan tidak wajar dianggap sebagai persetujuan untuk membentuk gabungan menghadapi PRN Melaka.

Berita berkaitan
PH belum muktamadkan bentuk kerjasama PRN Melaka: Fahmi
5 jam lalu· Politik
UMNO tak paksa PH, pintu kerjasama masih terbuka: Asyraf Wajdi
15 jam lalu· Politik
PH-Bersatu masih belum duduk berunding secara rasmi: Fahmi
September 29, 2026· Politik
Pertemuan PH-Bersatu sekadar makan malam: Adam Adli
September 29, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Kemelut pentadbiran Negeri Sembilan perlu segera diselesaikan: Aminuddin
15 jam lalu · Politik
Gagal isytihar wang tunai ditemui SPRM dan emas: Ismail Sabri mahu cabar pertuduhan
September 29, 2026 · Politik
Loke hantar surat letak jawatan, berkuat kuasa bila Najib pulang ke rumah
September 29, 2026 · Politik
AMK gesa PAS isytihar Zahid sebagai ‘poster boy’ calon PM
September 29, 2026 · Politik
Pemimpin PH-Bersatu bertemu, rundingan PRN Melaka?
September 29, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok