Isu warga Myanmar, keselamatan pelajar antara tumpuan Dewan Rakyat esok

October 5, 2026 · Isu semasa

Perdana Menteri Anwar Ibrahim dijadual memberi penjelasan di Dewan Rakyat esok berhubung isu keberadaan warga Myanmar di Malaysia serta keselamatan pelajar di sekolah.

Penjelasan itu dijangka diberikan pada sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) bermula jam 10 pagi, susulan soalan dikemukakan Ahli Parlimen Pulai, Suhaizan Kaiat dan Ahli Parlimen Indera Mahkota, Saifuddin Abdullah.

Suhaizan dijangka meminta penjelasan mengenai penghantaran pulang serta status keberadaan warga Myanmar di Malaysia pada 29 September lalu.

Beliau turut dijangka membangkitkan langkah seterusnya kerajaan dalam menangani isu warga Myanmar, termasuk pelarian dan pemohon suaka, terutama etnik Rohingya yang terus menjadi perhatian masyarakat.

Dalam perkembangan sama, Anwar dijadual menjawab persoalan Saifuddin berkaitan kejadian yang mengancam keselamatan pelajar di sekolah.

Persoalan itu dijangka menyentuh punca kejadian sedemikian masih berulang walaupun kerajaan sudah menetapkan garis panduan serta prosedur keselamatan di institusi pendidikan.

“Kerajaan perlu memastikan langkah keselamatan yang ditetapkan benar-benar berkesan dan mampu melindungi pelajar serta warga sekolah,” menurut inti persoalan yang akan dibangkitkan dalam sesi berkenaan.

Selain PMQT, beberapa isu lain turut dijangka mendapat perhatian dalam sesi Pertanyaan Jawab Lisan Dewan Rakyat.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail dijadual menjelaskan status pelaksanaan 17 syor penambahbaikan bagi memperkukuh kawalan keselamatan, saringan dan pengurusan risiko di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) serta pintu masuk negara.

Beliau akan menjawab soalan Ahli Parlimen Kota Bharu, Takiyuddin Hassan, susulan beberapa insiden yang mencetuskan persoalan mengenai integriti kawalan keselamatan negara.

Isu jerebu rentas sempadan pula dijangka dibangkitkan Ahli Parlimen Tanjong Manis, Yusuf Abd Wahab kepada Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Arthur Joseph Kurup.

Arthur dijangka menerangkan tindakan kerajaan menangani jerebu, khususnya yang menjejaskan Sarawak, termasuk langkah diplomatik dan perundangan bagi menangani pencemaran rentas sempadan.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Dzulkefly Ahmad dijadual menjawab soalan Ahli Parlimen Kuala Pilah, Adnan Abu Hassan mengenai indikator keberkesanan rawatan kesihatan mental di fasiliti kerajaan.

Persoalan itu turut melibatkan mekanisme Kementerian Kesihatan menilai keberhasilan rawatan serta kadar pesakit kembali mendapatkan rawatan.

Perbahasan dan sesi soal jawab esok dijangka menjadi tumpuan susulan beberapa isu keselamatan, imigresen dan kesihatan yang memberi kesan langsung kepada masyarakat.

Berita berkaitan
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu· Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu· Politik
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
20 jam lalu· Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
20 jam lalu· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Penipuan dalam talian: Selangor catat kerugian tertinggi
October 25, 2026 · Isu semasa
Kewangan Islam dijangka kuasai lebih 50 peratus aset negara: Gabenor
October 25, 2026 · Isu semasa
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
14 jam lalu · Isu semasa
Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi
15 jam lalu · Isu semasa
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
20 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok