Saifuddin: Sistem pendaftaran UNHCR cetus masalah pengurusan pelarian

19 jam lalu · Isu semasa

Proses pendaftaran pelarian secara dalam talian oleh Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) menjadi antara punca utama kesukaran Malaysia menguruskan kehadiran pelarian di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, sistem berkenaan membolehkan individu memohon status pelarian ketika masih berada di luar negara sebelum memasuki Malaysia sementara menunggu keputusan permohonan mereka.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pihak berkuasa Malaysia berdepan cabaran menguruskan individu yang sudah berada di dalam negara, sedangkan proses penentuan status mereka dikendalikan UNHCR.

“Yang kita bercakap ini adalah hiliran. Yang huluan itu menjadi punca masalah,” katanya ketika menjawab soalan pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Saifuddin berkata, pemohon boleh datang dari negara seperti Yemen, Syria dan Afghanistan sebelum memasuki Malaysia menggunakan pas lawatan, kemudian menunggu perkembangan permohonan masing-masing.

Beliau menjelaskan, isu berkenaan turut dibangkitkan bersama Menteri Luar Negeri, Mohamad Hasan, melalui perbincangan Kabinet dan Majlis Keselamatan Negara.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Radzi Jidin (PN-Putrajaya) mengenai kemungkinan Dokumen Pendaftaran Pelarian (DPP) yang diperkenalkan kerajaan menjadi faktor penarik kepada kemasukan lebih ramai pelarian ke Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Saifuddin turut mengingatkan orang ramai supaya tidak mengambil tindakan sendiri terhadap pelarian, susulan penularan video di media sosial yang memaparkan individu menahan dan menyoal anggota komuniti Rohingya serta meminta mereka menunjukkan kad UNHCR.

Beliau berkata, sebarang aduan mengenai tingkah laku yang menimbulkan keresahan penduduk setempat perlu disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan mengikut undang-undang.

“Jalan yang paling baik bagi mengekalkan tertib dalam sebuah negara adalah menyerahkan kepada pihak berautoriti untuk menjalankan tugas mereka.

“Maknanya, elak daripada mengambil tindakan bersendirian,” katanya.

Saifuddin turut menjelaskan dakwaan di media sosial mengenai pelarian yang memasuki Malaysia menggunakan pasport sebelum memohon dokumen UNHCR masih perlu disahkan.

Beliau berkata, sekiranya terdapat maklumat mengenai pelanggaran undang-undang, pihak berkuasa perlu dimaklumkan supaya siasatan dan tindakan sewajarnya dapat dilakukan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan Malaysia mengembalikan pendekatan penempatan pelarian di kem khusus seperti yang pernah dilaksanakan terhadap pelarian Vietnam, Saifuddin berkata situasi ketika ini lebih rumit kerana melibatkan individu dari pelbagai negara.

Beliau menjelaskan, penyelesaian isu pelarian Vietnam pada masa lalu mempunyai konteks berbeza, termasuk persetujuan penghantaran pulang yang menjadi sebahagian daripada proses penyelesaian ketika itu.

Berita berkaitan
Kahwin orang Melayu tak automatik jadi bumiputera: Saifuddin
19 jam lalu· Isu semasa
Tahanan rumah Najib: Pihak pengampunan tentukan syarat
October 7, 2026· Politik
Pelarian Myanmar dihantar pulang selepas saringan ketat
October 6, 2026· Isu semasa
130,307 penagih dadah direkodkan setakat Jun
October 5, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
Enam negeri dapat RM21.26 bilion untuk belanja pembangunan: Menteri Ekonomi
October 13, 2026 · Isu semasa
Anwar kecam dunia gagal bela Palestin
October 13, 2026 · Isu semasa
PMX antara pemimpin dunia paling lantang perjuang Palestin: Fahmi
October 13, 2026 · Isu semasa
Lelaki Islam, ibu ditahan JAIS berhubung ritual agama lain
14 jam lalu · Isu semasa
Jerebu: Sekolah di Johor, Melaka dan Negeri Sembilan ditutup esok
16 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok