Kes hina mahkamah: Rayuan hukuman penjara Papagomo ditangguh

October 16, 2026 · Politik

Mahkamah Rayuan menangguhkan keputusan rayuan Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo terhadap hukuman penjara 30 hari kerana menghina mahkamah dalam kes saman fitnah difailkan bekas Ketua Polis Negara, Razarudin Husain.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Azizul Azmi Adnan menetapkan 29 Oktober ini sebagai tarikh pengurusan kes bagi menentukan tarikh keputusan rayuan.

Panel itu turut dianggotai Ong Chee Kwan dan Mohd Radzi Harun.

Dalam prosiding pada Jumaat, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Papagomo berhujah anak guamnya sudah mematuhi arahan mahkamah dengan mengemukakan permohonan maaf tanpa syarat kepada Razarudin pada 30 April 2025.

Beliau berkata Papagomo turut memadam hantaran terdahulu, menyiarkan permohonan maaf di empat akaun media sosial selama sekurang-kurangnya tujuh hari dan membayar RM5,000 sebagai kos.

Atas alasan itu, peguam berkenaan berhujah anak guamnya tidak sepatutnya dianggap menghina mahkamah. Sebagai alternatif, beliau memohon supaya hukuman penjara digantikan dengan denda.

Bagaimanapun, peguam Razarudin, Raam Kumar, meminta Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Beliau berhujah permohonan maaf itu tidak dibuat dengan ikhlas dan mempersoalkan cara ia disiarkan serta bukti pematuhannya di platform media sosial.

Pada 27 Ogos 2025, Mahkamah Tinggi memutuskan Papagomo melanggar perintah injunksi yang dikeluarkan dalam kes saman fitnah berkenaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 15 hari kerana kegagalan mematuhi arahan memohon maaf, serta 15 hari lagi susulan kenyataan dalam video yang menunjukkan dia tidak menyesali perbuatannya. Kedua-dua hukuman diperintahkan berjalan secara berturut-turut.

Papagomo turut diarahkan membayar kos RM30,000 kepada Razarudin. Bagaimanapun, pelaksanaan hukuman penjara ditangguhkan sementara menunggu keputusan rayuan.

Sebagai latar belakang, Razarudin memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap Papagomo pada 27 Disember 2024 berhubung kenyataan yang didakwa memfitnah dirinya dan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim.

Pada 10 Januari 2025, Razarudin memperoleh perintah injunksi yang menghalang Papagomo atau ejennya daripada menerbitkan atau menyebarkan kenyataan fitnah mengenai beliau di media sosial sehingga kes saman itu selesai.

Rayuan yang didengar Mahkamah Rayuan itu kini menunggu penetapan tarikh keputusan selepas pengurusan kes pada 29 Oktober ini.

Berita berkaitan
Kes scam: Tawaran komisen RM1,200, wanita rugi RM72,467
2 jam lalu· Isu semasa
Rafizi mahu saman Ramanan susulan kenyataan media
23 jam lalu· Politik
Kes cabul anak pegawai kanan polis: Arkitek bergelar Datuk dihadapkan ke mahkamah
October 23, 2026· Isu semasa
Kerajaan terus buru aset 1MDB walaupun Najib diampunkan
October 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid jamin Ab Rauf kekal Ketua Menteri jika BN menang
2 jam lalu · Politik
Agihan kerusi Melaka: Khalid Samad sifatkan PAS jadi ‘macai’ BN
2 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PAS nafi akan umum calon sepentas dengan BN
23 jam lalu · Politik
AGC bawa kes pembatalan pendaftaran PN ke Mahkamah Rayuan
23 jam lalu · Politik
DUN Sarawak bubar 26 Oktober ini, beri laluan PRN diadakan
23 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok