Anugerah Seri Angkasa iktiraf sumbangan warga penyiaran: Fahmi

1 jam lalu · Isu semasa

Anugerah Seri Angkasa (ASA) menjadi platform mengiktiraf sumbangan seluruh warga industri penyiaran, termasuk penggiat di belakang tabir yang memainkan peranan penting dalam memperkukuh identiti negara dan ekonomi kreatif Malaysia.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, penghargaan itu merangkumi semua pihak yang terlibat dalam penghasilan kandungan televisyen dan radio, sama ada di hadapan kamera mahupun di belakang tabir.

“ASA meliputi mereka yang bekerja di hadapan kamera dan di belakang tabir dalam menyampaikan maklumat, menghasilkan hiburan berkualiti serta memperkukuh identiti negara dan ekonomi kreatif Malaysia,” katanya semasa sidang media sempena kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) malam ini.

Fahmi turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Komunikasi yang bertungkus-lumus menjayakan penganjuran anugerah berkenaan.

Beliau berharap lebih banyak kandungan berkualiti dapat diketengahkan pada edisi akan datang, selaras dengan perkembangan pesat industri penyiaran dan kreatif negara.

Menurutnya, kementerian juga sedang meneliti kemungkinan memperkenalkan kategori baharu bagi mengiktiraf perkembangan format hiburan dan kandungan terkini.

“Jadi kita percaya dalam masa yang tak terlalu lama, mungkin mod-mod hiburan yang baharu ini juga akan diambil kira dalam anugerah ASA bagi tahun-tahun akan datang.

“(Kita teliti) aspek-aspek teknikal yang perlu kita berikan pertimbangan. Jadi, ini akan kita nilai setelah selesai ASA 2026 nanti,” katanya.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Abdul Halim Hamzah; Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Nurul Afida Kamaludin; dan Ketua Pengarah Penyiaran, Ashwad Ismail.

ASA yang dahulunya dikenali sebagai Anugerah RTM mula diperkenalkan pada 1972 oleh Kementerian Penerangan bagi mengiktiraf penggiat penerbitan program radio dan televisyen terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Sejak diperkenalkan, anugerah itu menjadi antara platform utama kerajaan dalam memartabatkan industri kreatif penyiaran tempatan, termasuk menghargai sumbangan penerbit, kru produksi, pereka, juruhebah, penyampai serta tenaga teknikal.

Pengiktirafan itu turut mencerminkan kepentingan peranan warga industri penyiaran dalam menyampaikan maklumat, menghasilkan kandungan bermutu dan membentuk identiti negara melalui medium kreatif.

Berita berkaitan
RM15 juta dana kreatif dibuka 16 November: Fahmi
October 24, 2026· Isu semasa
Jangan serah keselamatan digital anak kepada platform semata-mata
11 jam lalu· Isu semasa
Dana Inovasi Media: Fahmi mahu AI bantu wartawan, bukan ganti mereka
11 jam lalu· Isu semasa
MCMC siasat Facebook gagal sekat video serangan guru: Fahmi
October 23, 2026· Isu semasa
Lagi Isu semasa terkini
JPN sudah keluarkan 275,785 MyKad baharu, Johor rekod tertinggi
7 jam lalu · Isu semasa
Kapal bawa ketamin RM785 juta milik syarikat Malaysia: Polis
7 jam lalu · Isu semasa
Kerajaan sanggup tanggung subsidi minyak demi rakyat: PMX
7 jam lalu · Isu semasa
Anwar: Ekonomi meningkat, masalah kos sara hidup rakyat tak diabaikan
7 jam lalu · Isu semasa
23 kawasan catat IPU tidak sihat, Seremban tertinggi setakat 4 petang
7 jam lalu · Isu semasa
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok