PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita

October 25, 2026 · Politik

PKR menyasarkan 30 peratus calon wanita dalam kalangan calon yang diketengahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai usaha memperkukuh peranan wanita dalam politik dan pentadbiran negeri.

Ketua Wanita PKR, Fadhlina Sidek berkata, penyertaan calon wanita itu menjadi antara tawaran parti berkenaan kepada pengundi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kepada wanita untuk dipilih sebagai wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Menurutnya, Pakatan Harapan (PH) akan terus bergerak sebagai satu pasukan dalam menghadapi PRN berkenaan dengan komitmen yang kekal di bawah gabungan itu.

“Dari segi dinamika pasukan ataupun dari segi komitmen, kita masih lagi Pakatan Harapan. Jadi setakat semalam, kita akan pergi sebagai satu pasukan, insya-Allah.

“Semalam kita sudah pun lancarkan juga slogan kita, Melaka Rumah Kita,” katanya selepas menghadiri Program Jelajah Negaraku: Aku Kasih Malaysia peringkat Parlimen Nibong Tebal di Taman Widuri, di sini hari ini.

Beliau berkata, sokongan rakyat diharapkan dapat diterjemahkan melalui pilihan yang dibuat pada PRN kali ini, khususnya dalam usaha memartabatkan wanita sebagai calon dan pemimpin di peringkat negeri.

“Mudah-mudahan sokongan rakyat akan kita lihat dalam PRN ini. Saya fikir itu juga satu tawaran yang baik untuk rakyat buat pilihan, khususnya bagaimana kita terus memartabatkan wanita sebagai calon DUN Melaka,” katanya lagi.

PRN Melaka ke-16 menyaksikan parti-parti politik mula memperkemas persiapan masing-masing bagi merebut mandat rakyat, termasuk menerusi pemilihan calon dan strategi kempen.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 31 Oktober sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 10 November dan hari pengundian pada 14 November ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
October 25, 2026· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
October 25, 2026· Politik
Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan
October 25, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
15 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
15 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok