Zahid beri jaminan, kemelut calon MCA akan diselesaikan

October 25, 2026 · Politik

Barisan Nasional (BN) masih membuka ruang rundingan dengan MCA berhubung isu pengagihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan perkara itu akan diselesaikan sebelum 31 Oktober ini.

Pengerusi BN itu berkata, senarai calon yang diumumkan malam tadi masih boleh dibincangkan semula memandangkan beliau belum menandatangani watikah pelantikan calon.

“Masih ada peluang jika calon-calon itu tidak dipersetujui kerana saya belum menandatangani watikah. Jadi, terserah kepada Presiden MCA untuk melakukannya,” katanya selepas menghadiri Program Larian Jambatan Sultan Nazrin Shah Daerah Bagan Datuk, hari ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO mengakui Presiden MCA, Wee Ka Siong terkejut apabila tidak dimaklumkan lebih awal mengenai majlis pengumuman calon BN yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), malam tadi.

“Benar, beliau pun terkejut kerana tidak dimaklumkan oleh urus setia mengenai pengumuman calon itu. Bagaimanapun, masalah ini akan kita selesaikan. Kita akan adakan perbincangan sebelum 31 Oktober,” katanya.

Menurut Zahid, beliau menyerahkan rundingan awal berhubung perkara itu kepada Pengerusi BN Melaka, Ab Rauf Yusoh, yang dipercayai telah mengadakan perbincangan dengan kepimpinan MCA negeri.

Isu berkenaan tercetus selepas beberapa pemimpin MCA dilaporkan meninggalkan majlis pengumuman calon BN kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pengagihan kerusi.

Ka Siong sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan memberikan kerusi yang pernah ditandingi MCA kepada parti lain tanpa rundingan dan persetujuan kepimpinan tertinggi parti itu.

MCA turut menegaskan tidak akan mengiktiraf calon parti yang diumumkan tanpa persetujuan kepimpinan tertingginya.

Dalam pengumuman calon BN bagi PRN Melaka, gabungan itu memperuntukkan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk ditandingi, manakala baki tujuh kerusi diserahkan kepada PAS dan rakan gabungan dalam Perikatan Nasional (PN).

PRN Melaka dijadualkan menyaksikan pertandingan di 28 kerusi DUN, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 31 Oktober ini.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Adam Adli yakin calon baharu PKR mampu buat kejutan
October 25, 2026· Politik
Aziz Bari: PAS parti politik, bukan agama
October 25, 2026· Politik
PRN Melaka: PKR tawar 30 peratus calon wanita
October 25, 2026· Politik
Tolak politik kebencian, perkukuh perpaduan: Anwar
14 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PRN Melaka: Zahid mahu jentera BN terima PAS, alu-alukan kerjasama
15 jam lalu · Politik
BN umum 21 calon, Akmal dan Helmy kekal bertanding
15 jam lalu · Politik
PRN Melaka: PH umum 21 calon akan bertanding, Adly Zahari pertahan Bukit Katil
15 jam lalu · Politik
Pemimpin MCA keluar majlis pengumuman calon, bantah agihan kerusi di Melaka: Laporan
15 jam lalu · Politik
Zahid: PN hanya dapat tujuh kerusi, tak layan tuntutan lebih-lebih
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026
[VIDEO] Myanmar setuju terima 1,476 pelarian hujung September daripada 5,000 nama disaring KDN
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok