PRN Melaka: Isu kemudahan asas Machap Jaya jadi fokus Ginie jika menang

5 jam lalu · Politik

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya, Ginie Lim Siew Lin berhasrat membawa kemudahan stesen minyak lebih dekat dengan kawasan penempatan penduduk sekiranya diberikan mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, cadangan itu antara perkara yang dibangkitkan penduduk sepanjang kempen, khususnya bagi memudahkan urusan harian masyarakat setempat yang memerlukan kemudahan tersebut.

Menurutnya, beliau akan mengadakan perbincangan dengan jabatan kerajaan serta pengusaha berkaitan bagi meneliti kesesuaian lokasi dan keperluan pembinaan stesen minyak berkenaan.

“Ada penduduk menyuarakan keperluan sebuah stesen minyak yang lebih dekat untuk memudahkan urusan harian.

“Bagi cadangan stesen minyak pula, saya akan berbincang dengan jabatan serta pengusaha berkaitan mengenai lokasi, keperluan dan kesesuaiannya,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Selain itu, Ginie berkata, isu kemudahan asas dan penyelenggaraan infrastruktur turut menjadi antara perkara yang memerlukan perhatian di kawasan berkenaan.

Beliau memberi contoh keadaan padang bola di Hutan Percha yang masih belum dilengkapi kemudahan mencukupi, sekali gus menjejaskan keselesaan penduduk untuk menjalankan aktiviti riadah.

“Saya juga membangkitkan keadaan padang bola di Hutan Percha yang kemudahannya tidak lengkap.

“Perkara sebegini mungkin nampak kecil, tetapi kesannya dirasai setiap hari, termasuk oleh kanak-kanak dan anak muda yang memerlukan ruang untuk beriadah,” katanya.

Mengulas perkembangan kempen yang memasuki hari keenam, Ginie berkata, sambutan penduduk setakat ini memberangsangkan apabila ramai mengambil peluang menyampaikan pandangan serta masalah yang dihadapi di kawasan masing-masing.

Katanya, pertemuan dengan masyarakat di kampung, kawasan ladang dan Felda memberi gambaran lebih jelas mengenai keperluan penduduk serta harapan mereka terhadap pembangunan Machap Jaya untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Penerimaan penduduk setakat ini cukup baik dan memberi semangat kepada saya serta pasukan.

“Bagi saya, pandangan inilah yang perlu menjadi asas kepada perancangan pembangunan Machap Jaya,” katanya.

Pada PRN Melaka kali ini, kerusi DUN Machap Jaya menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Ginie mewakili PH, penyandang kerusi daripada Barisan Nasional (BN), Ngwe Hee Sem dan calon Parti Bersama Malaysia (Bersama), B. Prasanth Kumar.

Berita berkaitan
PRN Melaka: Abang Long akan jalan 10km dekati pengundi Duyong
November 6, 2026· Politik
Manifesto BN-PN: Air percuma, rumah mampu milik jadi taruhan di Melaka
November 6, 2026· Politik
Tiada kerjasama rasmi Bersatu-PH, sokongan tetap dialu-alukan: Muhyiddin
November 6, 2026· Politik
ADUN PH belum terima notis sidang DUN Negeri Sembilan
9 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Najib kembali ke Penjara Kajang, tahanan rumah ditangguh
November 6, 2026 · Politik
Tahanan rumah Najib ditangguh, AGC teliti isu undang-undang
November 6, 2026 · Politik
Muhyiddin gesa jelaskan peraturan tahanan rumah Najib
November 6, 2026 · Politik
Najib pulang ke rumah, Loke kekal dengan keputusan letak jawatan
November 6, 2026 · Politik
UMNO bayar denda Najib boleh beri gambaran salah kepada rakyat: PMX
5 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] BN dapat mandat penuh tapi isu rakyat Melaka tak selesai
November 1, 2026
[VIDEO] Tiada kompromi drama sentuh sensitiviti agama, kaum
September 2, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok