Peguam Negara tegur kecuaian dalam dokumen tahanan rumah Najib: Laporan

November 9, 2026 · Politik

Kesilapan dalam dokumen berkaitan pelaksanaan perintah tahanan rumah bekas perdana menteri, Najib Razak, disifatkan ketara sehingga mencetuskan masalah yang sepatutnya boleh dielakkan jika pihak bertanggungjawab lebih teliti.

Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar berkata, isu berkenaan tidak sepatutnya berlaku sekiranya setiap butiran dalam dokumen terbabit diperiksa dengan cermat sebelum dikeluarkan.

“Perkara ini tak patut berlaku jika pihak berkenaan teliti. Kesilapan ini adalah ketara dan menyebabkan timbul masalah yang tak sepatutnya,” katanya seperti dipetik BH Online.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu perintah pelepasan (order of discharge) yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berkaitan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap Najib pada Jumaat lalu.

Najib sebelum ini dijadualkan kembali ke kediamannya di Jalan Langgak Duta pada 6 November bagi menjalani baki hukuman penjara di bawah perintah tahanan rumah, susulan keputusan berkaitan pengampunan yang dibuat Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan.

Bagaimanapun, pelaksanaan perintah itu berdepan masalah selepas terdapat beberapa ketidakselarasan dalam dokumen mahkamah berkenaan.

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam dokumen sama serta butiran berkaitan kesalahan dan denda yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu.

Susulan kekeliruan berkenaan, Jabatan Peguam Negara (AGC) menasihatkan supaya perkara terbabit diperjelaskan terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang masalah dari sudut pelaksanaan undang-undang.

Keadaan itu menyebabkan Najib kekal ditempatkan di Penjara Kajang sementara isu berkaitan dokumen berkenaan diselesaikan.

Pada 7 November lalu, AGC turut menafikan tindakan menangguhkan pelaksanaan tahanan rumah itu sebagai ingkar terhadap titah Yang di-Pertuan Agong.

Sebaliknya, AGC menjelaskan langkah berkenaan diambil bagi memastikan hak Najib terus terpelihara susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan pembebasannya melalui dokumen berkaitan.

Isu tahanan rumah Najib menjadi perhatian selepas timbul persoalan mengenai pelaksanaan keputusan pengampunan, termasuk kedudukan perintah tambahan yang membolehkan beliau menjalani baki hukuman di rumah dan bukannya di penjara.

Berita berkaitan
Isu premis tutup solat Jumaat, Anwar tidak setuju kenyataan Ahli Parlimen
November 24, 2026· Isu semasa
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
November 24, 2026· Politik
Jangan abaikan madrasah dalam mengejar kemajuan negara: Anwar
14 jam lalu· Isu semasa
Bekas pegawai khas Najib, aktivis UMNO diperintah bayar RM433,000 kepada pendakwah
20 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
14 jam lalu · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
14 jam lalu · Politik
Saarani: Belum ada keperluan bubar DUN Perak
20 jam lalu · Politik
Pembubaran DUN bukan jaminan krisis Negeri Sembilan selesai: Laporan
November 23, 2026 · Politik
Johari tegur menteri gagal jawab soalan Ahli Parlimen
November 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 18 Nov – Ismail menghadap Tuanku Muhriz, AMK bidas Mat Maslan
November 17, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok