Saifuddin: Biar mahkamah tentukan nasib tahanan rumah Najib

November 9, 2026 · Politik

Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan tafsiran sebenar perintah berkaitan pelaksanaan tahanan rumah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak, bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan implikasi perundangan.

Menteri Dalam Negeri, Saifuddin Nasution Ismail berkata, terdapat perbezaan ketara antara istilah *order of discharge* yang membawa maksud pelepasan dengan pelaksanaan tahanan rumah seperti ditetapkan menerusi keputusan Lembaga Pengampunan.

Menurutnya, kedua-dua istilah itu mempunyai kesan perundangan berbeza, khususnya membabitkan bidang kuasa Jabatan Penjara terhadap seseorang banduan.

Beliau menjelaskan, jika tahanan rumah dilaksanakan, status Najib kekal sebagai banduan yang sedang menjalani baki hukuman, cuma lokasi tahanannya dipindahkan dari Penjara Kajang ke tempat yang ditetapkan.

Sebaliknya, jika perintah mahkamah membawa maksud pelepasan, Jabatan Penjara tidak lagi mempunyai kuasa untuk menahan atau mengawal pergerakan beliau.

“Kalau ada dua interpretasi, mahkamah adalah platform terbaik. Jadi, KDN akan akur dan menghormati proses itu.

“Titah Yang di-Pertuan Agong adalah melalui keputusan Lembaga Pengampunan. Kita sudah menerima surat itu dan kita akur,” katanya selepas menghadiri Sesi Libat Urus Nelayan bersama Menteri Dalam Negeri di Pengkalan Nelayan Sungai Lereh, Klebang.

Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, KDN perlu mendapatkan kepastian undang-undang sebelum mengambil sebarang tindakan kerana pelaksanaan tahanan rumah tanpa asas perintah yang jelas boleh mengundang pertikaian mengenai kesahan penahanan.

“Kalau betul mahkamah kata pelepasan, maknanya penjara kena lepaskan beliau. Sebaliknya, jika kita hantar ke tahanan rumah, ia boleh menimbulkan isu penahanan tidak sah.

“Sebab itu biarlah mahkamah menentukan kerana terdapat perbezaan dari segi kefahaman,” katanya.

Isu berkenaan menjadi perhatian susulan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan pada 29 Januari 2024 yang mengurangkan hukuman penjara Najib dalam kes SRC International daripada 12 tahun kepada enam tahun, selain mengurangkan denda daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Keputusan itu turut menyatakan Najib boleh menjalani baki hukuman menerusi tahanan rumah, namun pelaksanaannya mencetuskan pertikaian berhubung kedudukan dan tafsiran dokumen berkaitan perintah tersebut.

KDN kini menunggu penentuan mahkamah sebelum mengambil langkah selanjutnya bagi memastikan sebarang pelaksanaan mematuhi proses undang-undang.

Berita berkaitan
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
2 jam lalu· Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
2 jam lalu· Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
2 jam lalu· Politik
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
11 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
11 jam lalu · Politik
Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad
14 jam lalu · Politik
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
14 jam lalu · Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
14 jam lalu · Politik
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok