Menteri Besar Negeri Sembilan, Ismail Lasim.
Ismail Lasim memutuskan untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan berkuat kuasa pada Isnin.
Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Zambry Abdul Kadir, menerusi satu kenyataan.
Menurut Zambry, Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi telah menerima salinan surat peletakan jawatan Ismail yang telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Beliau berkata, BN akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi mengisi kekosongan jawatan itu.
“Pengerusi Barisan Nasional akan mengemukakan cadangan calon Menteri Besar yang baharu untuk dipersembahkan ke hadapan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, selaras dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan,” katanya.
Pengumuman itu sekali gus membuka laluan kepada proses pelantikan Menteri Besar baharu bagi menerajui pentadbiran Negeri Sembilan.
Pelantikan pengganti Ismail akan dibuat mengikut peruntukan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan dan tertakluk kepada perkenan Yang di-Pertuan Besar.
Perkembangan lanjut mengenai peletakan jawatan itu serta calon pengganti dijangka diumumkan kemudian.
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis