PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri

10 jam lalu · Politik

PAS terbuka untuk mengadakan rundingan dengan Barisan Nasional (BN) berhubung pembahagian kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu sekiranya kerjasama politik antara kedua-dua parti dapat direalisasikan.

Naib Presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara itu boleh dibincangkan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing, khususnya melibatkan lima kerusi DUN yang kini disandang wakil selain PAS.

Menurutnya, DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan PAS ketika ini menguasai sebahagian besar kerusi berkenaan.

“Kita sedia maklum DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi dan hanya lima kerusi disandang wakil selain PAS.

“Perkara berkaitan lima kerusi tersebut boleh dibincangkan antara PN dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing,” katanya selepas membentangkan Belanjawan 2027 pada Persidangan DUN Terengganu di Wisma Darul Iman, hari ini.

Mengulas kemungkinan kerjasama PAS dan BN diperluaskan menjelang Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16), Ahmad Samsuri berkata, kerjasama yang mula dibentuk di Johor, Negeri Sembilan dan Melaka boleh menjadi asas kepada persefahaman lebih besar antara kedua-dua parti.

Bagaimanapun, beliau yang juga Pengerusi PN berkata, perbincangan mengenai kerjasama menghadapi pilihan raya negeri masih belum sampai ke peringkat pembahagian kerusi kerana kedua-dua pihak perlu menyelesaikan beberapa perkara secara berperingkat.

Katanya, keutamaan ketika ini adalah melihat bagaimana kerjasama politik dapat membantu pembentukan dan kestabilan pentadbiran kerajaan negeri Melaka sebelum perbincangan seterusnya diteruskan.

Mengenai formula pembahagian kerusi sekiranya kerjasama itu diperluaskan sehingga PRU-16, Ahmad Samsuri berkata, pendekatan di Melaka mempunyai aturan tersendiri dengan prinsip mengekalkan status quo sebagai asas rundingan.

Menurutnya, prinsip itu perlu diterima semua pihak bagi memastikan pembahagian kerusi dilakukan secara adil.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menjelaskan tiada perubahan kedudukan Exco Bersatu dalam kerajaan negeri Terengganu seperti yang berlaku di Kelantan.

Katanya, kerajaan negeri turut mempunyai timbalan Exco daripada pelbagai parti termasuk PAS dan Bersatu, manakala sebarang masalah membabitkan jawatan berkenaan akan ditangani mengikut keadaan semasa.

Sebelum ini, Pengerusi Bersatu Kelantan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas, Kamaruddin Md Nor digugurkan daripada jawatan Exco kerajaan negeri berkuat kuasa 9 November lalu.

Berita berkaitan
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
November 16, 2026· Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
November 16, 2026· Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
November 16, 2026· Politik
Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad
13 jam lalu· Politik
Lagi Politik terkini
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
10 jam lalu · Politik
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
13 jam lalu · Politik
Tindakan Timbalan Speaker bahas Belanjawan 2027 cetus bantahan MP
13 jam lalu · Politik
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
13 jam lalu · Politik
Menang besar Melaka, BN tidak mahu terburu-buru adakan PRN di negeri lain: Zahid
13 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
9 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok