PRN Melaka: 94.96 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab

November 10, 2026 · Politik

Sebanyak 94.96 peratus atau 9,417 daripada 9,917 pengundi terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta anggota polis melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai pengundi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kenyataan memaklumkan kesemua pengundi awal berkenaan mengundi di 31 pusat mengundi awal di seluruh negeri.

“Proses pengundian bermula pada 8 pagi dan kesemua pusat mengundi ditutup secara berperingkat iaitu 19 pusat pada 12 tengah hari, tiga pusat (2 petang) dan sembilan pusat (5 petang),” menurut SPR.

SPR turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam memastikan kelancaran pelaksanaan proses pengundian awal berkenaan termasuk Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Polis Diraja Malaysia serta Angkatan Tentera Malaysia.

Mengikut statistik SPR bagi PRN Melaka ke-16, terdapat 12,531 pengundi awal terdiri daripada 9,769 anggota tentera bersama-sama pasangan dan 2,762 anggota polis.

Daripada jumlah itu, 9,917 orang mengundi awal secara fizikal, manakala 2,614 lagi mengundi secara pos.

SPR menetapkan hari pengundian PRN Melaka ke-16 pada Sabtu ini. – Bernama

Berita berkaitan
PKR tidak bertanding PRN Sarawak, hormati kerjasama dengan GPS
1 jam lalu· Politik
Dijanjikan untung 500 peratus, pengurus syarikat rugi RM262,200
3 jam lalu· Isu semasa
Menang di Melaka, Mahfuz desak BN-PN umum pakatan
11 jam lalu· Politik
PH Negeri Sembilan desak kemelut politik diselesaikan segera
November 23, 2026· Politik
Lagi Politik terkini
Isu minit pengampunan Najib, Polis mungkin panggil Tony Pua
3 jam lalu · Politik
Hujah Badan Peguam cabar tahanan rumah Najib didengar 17 Mac 2027
11 jam lalu · Politik
Kuasa pengampunan Agong tidak boleh dicabar: AGC
11 jam lalu · Politik
Bukan kerajaan sebar dokumen pengampunan Najib, jangan buat tohmahan
14 jam lalu · Politik
PAS masih jadi rebutan, Idris persoal pihak yang mahu kerjasama
November 23, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 24 Nov – Isu Rohingya, SST kekal, lesen judi, isu tahanan rumah Najib
1 jam lalu
[VIDEO] Berita Utama Agenda Daily | 20 Nov – UMNO-BN Tipu Isu Ismail Lasim, Himpunan bantah isu Najib
November 20, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok