Majlis Peguam bebas cabar isu tahanan rumah Najib: Azalina

November 12, 2026 · Politik

Tindakan Majlis Peguam memohon kebenaran mahkamah untuk mencabar isu pelaksanaan tahanan rumah bekas Perdana Menteri, Najib Razak, disifatkan sebagai hak badan profesional itu untuk menggunakan saluran undang-undang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Azalina Othman Said berkata, perkara itu perlu dilihat dalam konteks Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan kuasa pengampunan sebagai prerogatif Yang di-Pertuan Agong.

“Itu hak mereka. Tetapi apabila kita bercakap mengenai Perkara 42, ia merupakan *prerogative of mercy* yang kita tahu adalah antara kuasa yang diberikan sepenuhnya atas budi bicara Yang di-Pertuan Agong,” katanya selepas Majlis Penyerahan Sijil Kursus Pensijilan Profesional Pengantaraan dan Sijil Lantikan Pengantara serta Pelancaran Buku Panduan Pusat Mediasi MADANI Jabatan Bantuan Guaman 2026 di Akademi Perundangan Negara.

Mengulas lanjut, Azalina menjelaskan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri hanya berperanan sebagai urus setia kepada Lembaga Pengampunan dan bukan pihak yang membuat keputusan berhubung permohonan pengampunan.

Menurutnya, keanggotaan Lembaga Pengampunan di peringkat negeri turut membabitkan Menteri Besar atau Ketua Menteri serta wakil Jabatan Peguam Negara.

Justeru, beliau berpandangan Majlis Peguam berhak mengambil tindakan melalui proses perundangan sekiranya badan itu mempunyai asas untuk mencabar perkara berkenaan.

Isu tahanan rumah Najib menjadi perhatian susulan pertikaian mengenai pelaksanaan keputusan pengampunan diraja yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum ini, Najib diberikan pengurangan hukuman penjara dan denda melalui keputusan Lembaga Pengampunan. Bagaimanapun, isu pelaksanaan baki hukuman di bawah tahanan rumah mencetuskan perdebatan serta tindakan undang-undang.

Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memberikan pengampunan, penangguhan dan peringanan hukuman bagi kesalahan yang dibicarakan di Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi di Wilayah Persekutuan, tertakluk kepada peruntukan berkaitan.

Berita berkaitan
MP Pasir Gudang disiasat berhubung sajak ‘Patik Tak Rela’ kritik isu Najib
15 jam lalu· Politik
Sultan Nazrin ingatkan pemimpin jangan sembunyi suara rakyat
November 15, 2026· Isu semasa
Saifuddin: Semua banduan ada hak mohon pengampunan
November 14, 2026· Isu semasa
Pemimpin rasuah bukan wajar diagungkan: Anwar
November 14, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
2 jam lalu · Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
2 jam lalu · Politik
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
11 jam lalu · Politik
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
11 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok