Ahli UMNO-BN jangan sertai himpunan ‘Turun Anwar’, Mat Maslan beri amaran

July 25, 2025 · Politik

Ahmad Maslan memberi amaran melarang ahli UMNO dan Barisan Nasional (BN) daripada menyertai himpunan ‘Turun Anwar’ yang dijadual berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu berkata tidak wajar untuk ahli parti menyertai himpunan tersebut memandangkan mereka juga adalah sebahagian
komponen dalam kerajaan perpaduan sekarang dan himpunan tersebut pula dianjurkan oleh pihak pembangkang.

“Langsung tiada faktor yang mendesak untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim diturunkan daripada jawatan Perdana Menteri.

“Kerajaan perpaduan ini dibentuk hasil kesepakatan yang dicapai pada 24 November 2022 dan ahli UMNO serta BN perlu kekal berpegang kepada persefahaman tersebut,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Daerah Pontian di Pejabat Daerah Pontian.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, himpunan tersebut juga hanya akan mencetuskan ketidakstabilan politik dan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara.

“Perhimpunan seperti ini tidak membawa sebarang manfaat, malah mereka yang menyertainya akan turut terpalit sebagai pihak yang merosakkan kestabilan politik dan ekonomi negara,” katanya lagi.

Beliau turut mengingatkan bahawa kerajaan sentiasa mendekati dan membantu rakyat menerusi pelbagai inisiatif, termasuk pengagihan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 kepada golongan B40.

“Memang ada yang kata RM100 tidak cukup, tetapi jumlah itu diberikan kepada 22 juta penerima melibatkan peruntukan RM2 bilion.

“Itu belum diambil kira lagi usaha kerajaan menurunkan harga minyak, program Jualan Rahmah dan kadar tol yang tidak dinaikkan,” katanya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Berita berkaitan
Hanya 15 peratus rakyat beli diesel pada harga pasaran: PMX
April 18, 2026· Isu semasa
Khairy dan Hishammuddin antara yang diterima balik masuk UMNO: Asyraf Wajdi
April 18, 2026· Politik
Polis pertahan guna Akta Hasutan terhadap pengguna TikTok
19 jam lalu· Isu semasa
Pelaburan RM2 bilion perkasa usahawan bumiputera: Anwar
April 16, 2026· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Darurat bukan jalan tangguh PRN, bercanggah amalan demokrasi: Hassan Karim
April 17, 2026 · Politik
RM5 juta masuk akaun Bersatu, tiada satu masuk dalam akaun peribadi: Saksi
April 16, 2026 · Politik
Runding kerusi parti komponen PH mesti ikut saluran rasmi: Saifuddin Nasution
April 16, 2026 · Politik
Ketua Bersatu Pahang ditamatkan khidmat, didakwa sokong Hamzah
April 16, 2026 · Politik
Ganti Ketua Pembangkang baharu perlu perbincangan menyeluruh: Hadi
April 16, 2026 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Pertumbuhan ekonomi negara lepasi sasaran, usaha kerajaan berhasil
February 13, 2026
[VIDEO] Jawatankuasa khas siasat isu saham Azam ditubuhkan
February 13, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok