Selagi ada majoriti, Anwar tak perlu bubar Parlimen: Loke

November 15, 2026 · Politik

Perdana Menteri Anwar Ibrahim tidak perlu tunduk kepada desakan supaya Parlimen dibubarkan lebih awal selagi masih mempunyai sokongan majoriti Ahli Dewan Rakyat, kata Anthony Loke.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, kerajaan pimpinan Anwar masih mempunyai kira-kira setahun sebelum tamat penggal pentadbiran, justeru tempoh itu perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk melaksanakan agenda reformasi dan dasar penting negara.

“Selagi Perdana Menteri mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, tidak ada sebab perlu tunduk kepada mana-mana tekanan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Johor 2026 di Kluang, hari ini.

Loke berkata, keutamaan kerajaan ketika ini sepatutnya diberikan kepada pelaksanaan reformasi institusi, termasuk pindaan Perlembagaan Persekutuan dan penggubalan undang-undang baharu yang dirancang.

Menurutnya, usaha berkenaan penting bagi memperkukuh tatakelola pentadbiran, meningkatkan kecekapan pengurusan kewangan negara serta memastikan agenda membanteras rasuah dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Katanya, baki tempoh pentadbiran yang ada perlu digunakan untuk menyelesaikan perkara penting demi kepentingan rakyat dan negara, bukannya dihabiskan dengan melayan tekanan politik supaya pilihan raya umum diadakan lebih awal.

“Perdana Menteri seharusnya memanfaatkan tempoh setahun ini untuk melaksanakan kerja-kerja dan reformasi tersebut, dan bukannya tunduk kepada mana-mana tekanan untuk membubarkan Parlimen,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan dari sudut Perlembagaan, Loke menjelaskan kuasa membubarkan Parlimen terletak pada Yang di-Pertuan Agong berdasarkan nasihat Perdana Menteri, selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau turut menegaskan Pakatan Harapan (PH) kekal konsisten menyokong kepimpinan Anwar bagi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara.

Katanya, kestabilan kerajaan penting bagi membolehkan dasar dan agenda reformasi yang dirancang diteruskan tanpa gangguan politik yang boleh menjejaskan tumpuan pentadbiran.

Untuk rekod, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) berlangsung pada November 2022 sebelum Kerajaan Perpaduan dibentuk susulan keputusan pilihan raya yang menyaksikan tiada gabungan memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan secara bersendirian.

Berita berkaitan
Presiden Perancis tiba di Malaysia, perkukuh hubungan dua hala
2 jam lalu· Isu semasa
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
2 jam lalu· Politik
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
2 jam lalu· Politik
Anwar ke Shenzhen, bakal temui Xi Jinping semasa APEC
11 jam lalu· Isu semasa
Lagi Politik terkini
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
2 jam lalu · Politik
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
11 jam lalu · Politik
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
11 jam lalu · Politik
Parti Rafizi mungkin terkubur awal jika terlalu idealistik – Puad
14 jam lalu · Politik
PAS tiada sebab serah jawatan PM kepada UMNO – Kadir Jasin
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
10 jam lalu
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis
November 12, 2026

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok