Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim.
Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung sajak karyanya berjudul ‘Patik Tak Rela’ yang tular di media sosial.
Hassan berkata, beliau diminta hadir ke Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman pada jam 3 petang bagi memberikan keterangan berhubung sajak berkenaan.
“Dengan hormatnya dimaklumkan, saya Hassan Abdul Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang dipanggil untuk siasatan ke USJT, Bukit Aman.
“Siasatan berkaitan sebuah sajak karya saya yang tular di media sosial bertajuk ‘Patik Tak Rela’,” katanya menerusi kenyataan pada Isnin.
Beliau memaklumkan siasatan itu dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sebelum ini, Hassan menerusi satu hantaran di Facebook pada Ahad meluahkan rasa kecewa berhubung isu membabitkan bekas Perdana Menteri, Najib Razak.
Menerusi sajak tersebut, beliau mempersoalkan sama ada tindakan menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara yang dianggap sebagai ketidakadilan boleh ditafsirkan sebagai perbuatan derhaka.
Hassan yang juga seorang peguam turut menekankan prinsip keadilan perlu ditegakkan tanpa mengira kedudukan, pangkat atau darjat seseorang.
Beliau turut menyifatkan sikap berdiam diri apabila berdepan ketidakadilan sebagai satu bentuk persubahatan.
Sajak ‘Patik Tak Rela’ itu mencetuskan perhatian selepas dikongsikan di media sosial, khususnya susulan perdebatan mengenai isu Najib dan prinsip keadilan dalam sistem perundangan negara.
Pemanggilan Hassan ke Bukit Aman bagi membantu siasatan itu menyusul selepas karya berkenaan mendapat perhatian umum.
Pantun ‘kencing’ Mat Maslan makan diri, bukankah UMNO juga dalam kerajaan?
Anwar: Kerajaan masih stabil, jangan layan spekulasi liar
Zambry umum Ismail Lasim letak jawatan MB Negeri Sembilan
Kalah PRN Melaka bukan pengakhiran perjuangan: Mohamad Sabu
PAS sedia runding kerusi DUN Terengganu dengan BN: Samsuri
[VIDEO] Berita Pilihan Agenda Daily | 16 November 2026
[VIDEO] Jangan pandang rendah kemampuan anak muda: Mukhlis